awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
01/12/2020
09:52 MYT
Midang Midang karya Alena Murang menang Anugerah Penggayaan Terbaik di Argentina
Kemenangan Alena Murang melalui kategori Anugerah Penggayaan Terbaik Festival Video Muzik Bueno Aires 2020 ini jadi batu loncatan buatnya untuk terus menghasilkan karya bertaraf antarbangsa di masa akan datang - Foto Alena Murang
KUALA LUMPUR:Penyanyi dan bintang sape kelahiran Sarawak, Alena Murang membanggakan negara apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penggayaan Terbaik dalam Festival Video Muzik Bueno Aires 2020.
Kemenangan tersebut diperolehi menerusi karya lagu suku kaum Kelabit yang berjudul, Midang Midang.
Keputusan itu disahkan oleh Alena melalui perkongsian di akaun Instagramnya yang memaparkan keputusan rasmi yang dinyatakan di laman web festival berkenaan.
Ini sekali gus menyaksikan Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan lain dari pelbagai negara.
Keputusan yang diumumkan dalam laman rasmi Festival Video Muzik Bueno Aires 2020.
Keputusan yang diumumkan dalam laman rasmi Festival Video Muzik Bueno Aires 2020.
Pencalonan akhir menyaksikan Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan lain dari pelbagai negara.
Pencalonan akhir menyaksikan Alena berjaya mengetepikan tujuh saingan lain dari pelbagai negara.
Dalam festival yang sama, bintang berdarah Kelabit-Itali ini turut berjaya menempatkan karya Midang Midang dalam pencalonan Video Antarabangsa Terbaik.
Menariknya dalam kategori itu, pesaing Alena terdiri dari artis terkemuka seperti bintang pop sensasi, Madonna.
BACA: Alena Murang dicalon untuk Anugerah Festival Video Muzik Buenos Aires
Untuk makluman, penggambaran video muzik Midang Midang dilakukan di Bario dan Miri dengan kolaborasi Project Room dan Kanid Studio.
Projek ini turut mendapat sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) serta Majlis Bandar Raya Miri (MBM).
Setakat ini, lagu berdurasi tiga minit 27 saat itu telah menerima lebih 32,000 tontonan di platform YouTube.
BACA: Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Sementara itu, bagi Pengasas Gebriel Padan Artistry, Gebriel Padan yang terlibat sama dalam penghasilan video muzik Midang Midang, kemenangan ini satu momen yang amat bermakna buat pasukan produksi kerana membuktikan anak Sarawak mampu memberikan saingan hebat di peringkat antarabangsa.
“Kemenangan ini amat bermakna buat saya, Alena Murang dan juga pengarah, Sarah Lois. Melalui projek ini kami dapat mempromosikan adat budaya dan juga lagu tradisi di peringkat global," katanya.
Gebriel berkata demikian ketika dihubungi wartawan Astro AWANI Sarawak.
Topic Berkaitan
#Alena Murang
#Midang Midang
#Anugerah Penggayaan Terbaik
#Festival Video Muzik Bueno Aires 2020
#Lembaga Pelancongan Sarawak STB
#Video Antarabangsa Terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan