awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mizz Nina terus belajar agama online, tidak lagi minat menyanyi

Gempak
Gempak
16/08/2018
00:35 MYT
Mizz Nina terus belajar agama online, tidak lagi minat menyanyi
Mizz Nina mengakui tidak lagi berhasrat untuk menyanyi sama ada di pentas mahupun menghasilkan single baru. - Foto Instagram/@officialmizznina
PERSONALITI TV, Mizz Nina semakin mendekatkan diri dengan ilmu agama apabila melanjutkan penganjian dalam Diploma Pengajian Islam secara atas talian.
Ujarnya, dia mengambil pengkhususan Taklim al-Quran di Alhuda International sejak 8 bulan lalu dan berhasrat menghabiskan pengajiannya itu dalam tempoh dua tahun.
"Banyak subjek sebenarnya yang ada seperti tafsiran, hadis, sirah dan ada juga peperiksaan. Belajar secara 'online' adalah suatu yang menyeronokkan," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, dia yang banyak melancong dan melakukan penggambaran di luar negara tetap mudah untuk belajar menerusi komputer riba yang disambung menerusi WiFi.
"Saya boleh belajar secara 'live' di dalam kelas dan jika terlepas kelas, saya boleh mendengar rakaman semula.
"Ada kelas menerusi aplikasi Skype bersama pensyarah dari Kanada dan Amerika Syarikat. Kelas diadakan sebanyak 3 kali seminggu untuk sesi selama empat jam setiap kelas," katanya.
Ujarnya, dia berharap agar lulus dalam pengajian ini dan akan memikirkan keputusan seterusnya sama ada mahu meneruskan pengajian atau sebaliknya.
Dalam pada itu, dia mengakui tidak lagi berhasrat untuk menyanyi sama ada di pentas mahupun menghasilkan single baru.
"Jika selawat berzikir untuk sendiri saya ada buat tapi untuk buat persembahan di atas saya sudah tiada minat," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
#Alhuda International
#Diploma Pengajian Islam
#ilmu agama
#menyanyi
#mizz nina
#online
#Taklim al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan