awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MLM 2014: Bawa kuda ke pentas, #Jalor trending worldwide

Gempak
Gempak
22/11/2014
08:31 MYT
MLM 2014: Bawa kuda ke pentas, #Jalor trending worldwide
Kelainan yang ditampilkan Jalor dengan menggunakan props sejak persembahan mereka pada minggu pertama mencetus kelainan.
Kumpulan Jalor menjadi trending worldwide di laman sosial Twitter pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung pada Jumaat.
Ternyata idea segar yang dibawa kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along menjadi apabila persembahan mereka menjadi perbualan malam ini sehingga #jalor berada di tempat keenam ‘trending worldwide.’
Malah, suasana gamat dengan gelak tawa penonton di dalam Dewan Teater Selangor, Shah Alam apabila Along berketerampilan seperti Wak Doyok naik ke atas pentas sebelum Joey muncul dengan watak Chris Tucker.
Kelainan yang ditampilkan Jalor dengan menggunakan ‘props’ sejak persembahan mereka pada minggu pertama mencetus kelainan kerana dalam sejarah MLM, belum ada peserta berani membawa ‘props-melampau’ ke atas pentas.
Keunikan dalam persembahan Jalor juga telah mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama MLM 2014 selama dua minggu berturut-turut.
Setakat ini, persembahan Jalor masih kekal konsisten dan diharapkan Joey, Rahim dan Along dapat mengekalkan kedudukan sebagai peserta ‘Top 3’ sehingga ke Gelanggang Akhir MLM 2014.
Jika anda mahu melihat Jalor atau kumpulan kegemaran anda terus bertahan sehingga ke gelanggang akhir MLM 2014, jangan lupa mengundi!
Maharaja Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).
Topic Berkaitan
#Jalor
#Maharaja Lawak Mega 2014
#MLM 2014
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan