awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mommy tahu abang kuat' - Didie Alias sayu perkahwinan anak lelaki esok tanpa Ridzuan Hashim

Media Hiburan
Media Hiburan
19/05/2023
08:58 MYT
'Mommy tahu abang kuat' - Didie Alias sayu perkahwinan anak lelaki esok tanpa Ridzuan Hashim
Didie sayu perkahwinan anak lelaki sulungnya Dhanial tidak ditemani bapa kandungnya Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu. -Instagram
ANAK lelaki kepada selebriti versatil, Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu.
Lebih sayu, perkahwinan anak lelaki sulung Didie tidak ‘ditemani’ bapa Dhanial iaitu Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd, 51, mendoakan agar anaknya itu kuat menjelang hari bahagia esok.
“Menghitung hari, mommy dan daddy doakan semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Abang.
“Mommy tahu Abang kuat. Mommy akan sentiasa berada di sisi Abang tak kira apa pun yang berlaku.
“Ya Allah ya Tuhanku, kau berilah kekuatan buat anakandaku Muhammad Dhanial untuk hari bahagia yang akan diraikan. Amin ya rabbal al amin,” tulis Didie di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)
Didie juga turut memuat naik sebuah video memperlihatkan kesemua rombongan anak-anaknya serta saudara-mara di lapangan terbang menanti untuk berlepas ke Tawau, Sabah untuk majlis pernikahan dan persandingan Dhanial.
“Doakan perjalanan kami,” tulis Didie.
View this post on Instagram
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)
Allahyarham Ridzuan meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung ketika sedang menikmati sarapan bersama Dhanial yang menetap sekali dengan bapanya.
View this post on Instagram
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)
Didie dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 1991 namun bercerai pada 2022.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#anak lelaki Didie Alias
#Muhammad Dhanial
#Ridzuan Hashim
#Fadzilah Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan