awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muat naik foto cincin, Ariana Grande dilapor sudah bertunang?

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
21/12/2020
02:12 MYT
Muat naik foto cincin, Ariana Grande dilapor sudah bertunang?
Pasangan itu didakwa sudah bercinta sejak Januari lagi ketika mereka menjalani kuarantin bersama akibat wabak COVID-19. -Foto Instagram @arianagrande
PENYANYI pop popular, Ariana Grande dilaporkan sudah bertunang.
Ia selepas penyanyi itu memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dirinya bersama teman lelaki, Dalton Gomez serta sebentuk cincin berlian dan mutiara.
Difahamkan berita mengenai hubungan mereka mula dihidu media antarabangsa pada Mei lalu ketika penyanyi itu melancarkan lagu "Stuck with U” yang juga merupakan kolaborasi bersama Justin Bieber.
View this post on Instagram
A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)
Namun, menurut portal People Magazine, pasangan itu telah bercinta sejak Januari lagi ketika mereka menjalani kuarantin bersama akibat wabak COVID-19.
Menurut sumber, Dalton Gomez merupakan ejen hartanah di Los Angeles.
Dua tahun lepas, Ariana pernah melangsungkan pertunangan bersama pelawak Pete Davidson, namun hubungan tersebut putus di tengah jalan.
Topic Berkaitan
#Ariana Grande
#Justin Bieber
#Instagram
#Media
#Los Angeles
#lelaki
#COVID-19
#Bertunang
#cincin
#muat naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan