awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Mudah serasi" - Jep, Rahim gembira terima Angah Raja Lawak ganti Shuib

Gempak
Gempak
05/01/2018
08:47 MYT
"Mudah serasi" - Jep, Rahim gembira terima Angah Raja Lawak ganti Shuib
Jep (tengah) dan Rahim tiada masalah bekerjasama dengan Angah (kiri) kerana mereka sudah saling mengenali sejak dahulu lagi.
PENYAMPAI radio Sinar, Jep Sepahtu akui gembira menerima pelawak Angah Raja Lawak sebagai pengganti tempat Shuib dalam segmen baharu, Pagi Di Sinar.
Jep berkata dia dan Rahim tiada masalah bekerjasama dengan Angah kerana mereka sudah saling mengenali sejak dahulu lagi.
“Tiada masalah bekerjasama dengan Angah kerana kami sudah lama saling mengenali sejak dari program Raja Lawak lagi.
“Chemistry tu dah ada dan kami mudah serasi kerana Angah bijak juga dalam mengatur katanya supaya perbualan kami nampak spontan sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.
Jep, Rahim dan Angah ditemui selepas siaran luar dan sesi sarapan pagi bersama pengemudi Pagi Di Sinar di Umai Cafe, Putrajaya pagi tadi.
Sementara itu, Angah memberitahu teruja pertama kali menceburi bidang penyampaian radio dan gembira menerima maklum balas yang positif daripada pendengar.
“Alhamdulilah saya dah lama mencari peluang untuk menceburi bidang ini kerana sebelum ini saya sudah ada pengalaman menjadi DJ di supermarket.
“Bila peluang ini datang saya sangat teruja, lebih-lebih lagi bekerjasama dengan dua rakan yang saya sudah lama kenali.
“Baru empat hari menjalankan tugas ini saya sangat gembira dan lega apabila menerima ‘feedback’ yang positif dari pendengar.
“Saya akan terus berikan terbaik supaya Pagi Di Sinar menjadi kegemaran ramai,” katanya lagi.
Angah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuib yang mengundurkan diri pada penghujung November tahun lalu.
Sebelum ini, segmen Pagi Di Sinar dikenali sebagai Sepahtu Sinar.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Angah Raja Lawak
#dj
#Pagi Di Sinar
#radio
#Sepahtu Sinar
#Sinar
#Umai Cafe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan