awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Multimedia perkenal program bantuan prihatin bantu ringankan beban petugas produksi dan perfileman

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2021
04:52 MYT
Multimedia perkenal program bantuan prihatin bantu ringankan beban petugas produksi dan perfileman
Bantuan bagi meringankan beban petugas dan kakitangan industri televisyen dan perfileman yang terjejas susulan PKPD. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kumpulan Multimedia memperkenalkan program bantuan bagi meringankan beban petugas dan kakitangan industri televisyen dan perfileman yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menerusi program itu, bantuan berupa makanan dan keperluan harian diberikan kepada kru produksi filem dan televisyen yang terkesan.
Setakat ini, sebanyak 202 bekalan makanan pada fasa pertama program terbabit telah diedarkan dan sebanyak 300 lagi diedarkan pada fasa kedua.
"Kita menghadapi ancaman kesihatan yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Sistem kesihatan, ekonomi dan kehidupan seharian kita terjejas teruk.
"Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita saling memerlukan satu sama lain. Selagi keadaan belum reda, kita mesti bertindak bersama dan saling menjaga," kata mereka menerusi satu hantaran di Facebook.
Program prihatin ini berjaya menarik perhatian malah turut mendapat sokongan Studio Iskandar Malaysia (IMS), selain rakan industri dalam dan luar negara.
Fasa ketiga program ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Multimedia turut bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Klang untuk mengedarkan makanan kepada kira-kira 500 petugas perubatan, pegawai polis dan tentera setiap hari sebagai tanda penghargaan di atas kerja keras dan pengorbanan mereka.
Topic Berkaitan
#bantuan
#ekonomi
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#Malaysia
#filem
#produksi
#kru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan