ENTERTAINMENT
Nadeera menangis, tiket 'showcase' habis terjual dalam tiga minit

Penyanyi itu beremosi dan menganggap kejayaan ini sebagai mimpi yang menjadi kenyataan. - Gempak
Penyanyi, Nadeera tidak dapat menahan sebak apabila tiket showcase sulungnya bertajuk An Evening With Nadeera habis terjual hanya dalam masa tiga minit.
Ringkasan AI
- Tiket showcase pertama Nadeera, An Evening With Nadeera, habis terjual dalam masa tiga minit, mengejutkan dirinya yang tidak menyangka sambutan luar biasa itu.
- Penyanyi itu beremosi dan menganggap kejayaan ini sebagai mimpi yang menjadi kenyataan, hasil daripada kerja keras dan doa selepas lebih sedekad dalam industri hiburan.
- Showcase akan menampilkan lagu-lagu popular serta beberapa lagu penyanyi lain, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, bagi memberikan persembahan istimewa kepada peminat.
Penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu juga akui tidak menyangka sambutan yang diterima begitu hangat kerana beranggapan bahawa namanya masih baharu dalam industri hiburan.
“Saya rasa nama saya masih kecil lagi dalam industri ini. Saya pun ragu-ragu, ada ke orang nak beli tiket saya. Tapi kuasa Allah, saya pun terperanjat bila dapat tahu tiket sold out dalam tiga minit,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media baru-baru ini.
Dalam showcase itu nanti, Nadeera turut menjanjikan persembahan istimewa dengan membawakan lagu-lagu hitsnya termasuk beberapa lagu popular penyanyi lain.
“Ada lagu-lagu yang saya dah lama nak nyanyi cuma tak pernah berpeluang. Kali ini saya akan nyanyikan juga lagu daripada penyanyi lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang saya rasakan cukup bermakna dan berkaitan dengan perjalanan saya,” ujarnya.
Showcase sulung Nadeera bertajuk An Evening With Nadeera yang bakal berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama pada 30 Mei ini.
Sementara itu, Hael Husaini Antonim Night yang turut berlangsung di lokasi sama pada 31 Mei ini turut menerima sambutan hangat apabila tiketnya habis dalam masa 17 minit.
Kedua-dua acara ini dibawakan oleh Mask Team dan Usanita Entertainment. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami