PENYANYI Azhar Osman mengakui rindu untuk berkongsi pentas dengan bekas rakan duonya, Hael Husaini.
“Saya tak bergaduh pun dengan Hael. Hubungan kami sebagai sahabat masih baik. Saya akui, rasa rindu untuk berkongsi pentas dengan Hael itu ada.
“Tetapi untuk kami sama-sama bergabung sebagai Azhael untuk membuat projek baru, saya rasakan perkara itu tak mungkin terjadi buat masa sekarang sebab masing-masing sibuk dengan projek solo.
“Namun begitu, saya tak menolak sebarang peluang untuk bekerjasama dengan Hael di masa akan datang. Saya juga terima sekiranya kami mendapat tawaran untuk bergabung melakukan persembahan pentas.
BACA: Jampi Hael Husaini menjadi, bolot trofi juarai AJL32
“Lagu Azhael seperti Hujung Waktu dan Mencinta juga masih mendapat permintaan peminat. Semuanya boleh dipertimbangkan jika kena dengan masa dan keadaan,” kata Azhar.
Belum memikirkan lagi mengenai single solo, Azhar juga tidak menolak sekiranya dia berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael.
BACA: Rahsia Hael Hussaini sering pakai cermin mata hitam
“Dia memang berbakat sebagai seorang komposer. Saya sudah lama nampak bakatnya sebagai pencipta lagu tetapi ketika itu, dia tak yakin menggubah sebuah lagu untuk Azhael.
“Sekiranya ada peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael, apa salahnya? Saya pasti akan berbangga menyanyikan lagu nukilan sahabat sendiri,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @712studios
Gempak
Wed Feb 21 2018

Belum memikirkan lagi mengenai single solo, Azhar (kiri) juga tidak menolak sekiranya dia berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Hael.

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Piala Sumbangsih 2021 | JDT pertahan kejuaraan empat tahun berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Nafi bergaduh, Azhar rindu berkongsi pentas dengan Hael Husaini
Penyanyi Azhar Osman mengakui rindu untuk berkongsi pentas dengan bekas rakan duonya, Hael Husaini.

Azhar Azhael sudah ada kekasih
Bekas anggota kumpulan duo Azhael, Azhar Osman memberitahu dia kini sudah menemui pengganti selepas hubungan cintanya dengan seorang penyanyi wanita putus.

Perkara menarik sepanjang Majlis Anugerah Industri Muzik 22
Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) antara majlis anugerah yang terpenting bagi perkembangan industri muzik tempatan.

Lima finalis mara ke Konsert Akhir AF 2013
Bukan drama, bukan kejutan apabila peserta duo Azhael tersingkir di Konsert Separuh Akhir Akademi Fantasia 2013 malam tadi.