PASANGAN pelakon popular Hollywood, Naomi Watts kini bergelar isteri kepada aktor Billy Crudup.
Watts mengesahkan berita tersebut hujung minggu lalu dengan berkongsi foto di akaun Instagram menunjukkan dia dan pelakon bersiri 'The Morning Show' itu di tangga sebuah mahkamah di Manhattan.
Dalam gambar pernikahan itu, Watts mengenakan gaun putih rekaan Oscar de la Renta sementara Crudup mengenakan sut biru tentera.
Crudup dan Watts yang juga pelakon filem King Kong itu dilaporkan mula menjalin hubungan pada tahun 2017 ketika kedua-duanya berlakon sebagai suami isteri dalam siri drama Netflix, Gypsy.
Mereka membuat penampilan pertama di hadapan umum sebagai pasangan di karpet merah acara Screen Actors Guild Awards pada Februari 2022.
Watts sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Liev Schreiber selama 11 tahun sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada tahun 2016.
Schreiber dan Watts mempunyai dua orang anak lelaki.
Crudup pula sebelum ini menjalin hubungan dengan pelakon Mary-Louise Parker. Mereka mempunyai seorang anak lelaki.
Perkongsian berita gembira Watts itu menerima maklum balas daripada ribuan pengikut pelakon itu di akaun Instagramnya termasuk ramai selebriti yang menurunkan komen gembira dengan penyatuan itu.
Antara pelakon yang memuat komen ialah Gwyneth Paltrow, Katie Holmes, Maggie Q dan ramai lagi. - Agensi
Agensi
Mon Jun 12 2023
Naomi Watts kini bergelar isteri kepada aktor Billy Crudup. - Gambar Instagram
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Naomi Watts nikahi pelakon 'The Morning Show' Billy Crudup
Naomi Watts dan Billy Crudup yang mula jalin hubungan pada 2017 berkahwin pada hujung minggu lalu.