Nedim mula berkongsi detik bahagia bersama Dre di akaun Instagramnya semalam dan entri tersebut disukai lebih 83,000 pengikutnya dan dihujani ribuan komen.
Rata-rata komen mengucapkan tahniah kepada Nedim termasuk berkongsi rasa sebak apabila membaca kapsyen ditulis Nedim.
Menerusi entri tersebut Nedim berkata, tidak tergambar perasaannya apabila mendapat berita anak kesayangannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Alhamdulillah, sepanjang lima bulan saya berada dalam kesakitan, Allah itu sentiasa ada bersama saya,” tulisnya.
Lebih menyentuh perasaan apabila Nedim tanpa henti memuat naik beberapa fotonya bersama Dre termasuk mengadakan sambutan hari lahir anak kesayangannya itu.
Menerusi foto-foto yang dimuat naik, jelas kelihatan wajah riang seorang ayah yang pernah ‘kehilangan’ jantung hatinya selama hampir setengah tahun.