awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neelofa luah hasrat tinggalkan dunia lakonan buat seketika

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/12/2017
03:22 MYT
Neelofa luah hasrat tinggalkan dunia lakonan buat seketika
Neelofa mahu tumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia). - Gambar fail
KETIKA ini semua orang pastinya sudah mengetahui tentang pelantikan pengacara dan pelakon, Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia).
Mungkin kerana tanggungjawab baharu itu, Neelofa merancang untuk memperlahankan kerjaya lakonannya.
Hal itu diberitahu Neelofa dalam satu temuramah bersama portal akhbar berbahasa Inggeris, News Straits Times.
"Tugas itu satu tanggungjawab dan ini bermakna saya perlu melupakan kerjaya lakonan untuk seketika," katanya.
BACA: Lantikan ini untuk semua wanita di dunia - Neelofa
BACA: Pelantikan Neelofa atas dasar bakatnya - Tony Fernandes
BACA: Kisah Hankyu Jaya dan gadis Lancome, ibu bongkar asal usul nama Neelofa
Jika Neelofa menunaikan kata-kata itu, ini bermakna drama siri Red Velvet lakonannya bersama Alif Satar akan menjadi 'buah tangan' terakhirnya untuk peminat, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh.
Bagaimanapun, pemilik jenama Naelofar ini memaklumkan akan meneruskan tugasnya sebagai hos rancangan Meletop.
"Meletop sudah menjadi sebahagian daripada diri saya sejak lima tahun lalu.
"Saya dan kru produksi, termasuklah rakan hos, Nabil Amad, sudah serasi dan selesa bekerja bersama. Saya tak mahu mengakhirinya," ujarnya.
Tahun 2017 menjadi tahun gemilang buat Neelofa apabila turut disenaraikan dalam senarai Forbes’ 30 Under 30 Asia 2017, selain menjadi wanita berhijab pertama dilantik mewakili produk kosmetik antarabangsa, Lancome.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#drama
#lakonan
#Naelofar
#Neelofa
#Red Velvet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan