HIBURAN
Nora Danish nafi khabar angin bakal berkahwin esok

Nora Danish menafikan dakwaan akan berkahwin esok, menjelaskan bahawa foto dan video tular merupakan sebahagian kempen pemasaran. -Gambar fail/Instagram @noradanish
PELAKON popular Nora Danish menafikan dakwaan bahawa beliau bakal melangsungkan perkahwinan esok seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Ringkasan AI
- Nora Danish menafikan dakwaan akan berkahwin esok, menjelaskan bahawa foto dan video tular hanyalah sebahagian daripada kempen pemasaran.
- Beliau menghargai doa dan keprihatinan orang ramai serta berharap penjelasan itu meleraikan salah faham.
- Spekulasi timbul selepas Nora dilihat memakai persalinan pengantin dan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo turut memuat naik gambar berbaju Melayu putih.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan serta mengambil berat mengenai dirinya.
“Saya sangat menghargai kasih sayang, doa, dan keprihatinan yang diberikan oleh anda semua. Semoga penjelasan ini dapat meleraikan semua salah faham,” tulisnya lagi.
Terdahulu, media sosial kecoh dengan spekulasi kononnya Nora Danish bakal menamatkan zaman solonya sekali lagi selepas beberapa rakaman yang memperlihatkan dirinya dalam persalinan pengantin tersebar.
Sementara itu, jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo juga dikaitkan dengan pelakon jelita itu seakan-akan memberi bayangan bakal berkahwin lagi dan menamatkan zaman duda.
Ia susulan beberapa hantaran di Instagram (IG) yang menampilkan Mickey segak memperagakan baju Melayu putih persis pengantin lelaki.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami