SAAT ini, pelakon Nora Danish tentunya sedang berdebar menantikan hari esok.

Masakan tidak, esok dia akan disatukan dengan kekasih hatinya, Nedim Nazri, dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Awal minggu ini, gambar kad undangan ke majlis pernikahannya tersebar di laman sosial.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi melalui kad itu, selain daripada waktu majlis berlangsung iaitu 7.30 malam.

Difahamkan, hanya anggota keluarga dan rakan terdekat diundang menghadiri majlis berkenaan yang akan berlangsung di sebuah lokasi di Seputeh.

Nora sendiri nampaknya sangat berahsia tentang majlis yang akan mengetengahkan tema tradisional itu.

Difahamkan, hanya anggota keluarga dan rakan terdekat diundang menghadiri majlis berkenaan yang akan berlangsung di sebuah lokasi di Seputeh, Kuala Lumpur.

Nora dan Nedim dilaporkan mula intim sejak 2013, dan kedua-duanya juga tidak pernah berselindung tentang hubungan yang terjalin.

Malah Nora sebelum ini ada mengumumkan akan mengadakan majlis perkahwinan dalam tahun ini juga.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, anak bekas menteri besar Perak, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Rayqal, 8.

Nedim, yang merupakan anak Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Nedrin, 6.