awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nora fail permohonan cerai

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/03/2025
07:05 MYT
Nora fail permohonan cerai
Nora berkata permohonan tersebut dibuat dengan berat hati demi memenuhi kehendak isteri pertama. - Gambar fail/FB Nora Ariffin
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin memaklumkan telah mengemukakan permohonan perceraian dengan suami, Rushdi Ramli.

Ringkasan AI
  • Datuk Nora Ariffin telah mengemukakan permohonan perceraian dengan suaminya, Rushdi Ramli, disebabkan tekanan daripada isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno, dan anak tirinya.
  • Permohonan perceraian itu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dan Nora berharap keputusan ini akan menghentikan komen negatif yang ditujukan kepadanya di media sosial.
  • Nora dan Rushdi sebelum ini telah rujuk semula selepas Rushdi menceraikannya dengan talak satu pada Ogos 2024, tetapi mereka telah bersatu semula pada September 2024. Mereka telah berkahwin sejak 2021.

Dalam perkongsian dimuat naik di Instagram pada Rabu, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, berkata permohonan tersebut dibuat dengan berat hati demi memenuhi kehendak isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno.
Tambahnya dalam hantaran di media sosial itu, dia juga akur dengan desakan anak tirinya dan orang ketiga yang mahu perpisahan berkenaan belaku.
Menurut gambar yang dikongsikan, kes permohonan perceraian itu di failkan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor.
Pada 24 Februari lalu, media melaporkan penyanyi berkenaan mendedahkan akan bercerai dengan Rushdi dengan harapan keputusan itu dapat menghentikan semua tohmahan dan cacian ditujukan kepadanya di media sosial.
Untuk konteks, pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya dengan talak satu di laman Instagram.
Nora kemudian dilaporkan sudah rujuk semula dengan Rushdi pada 14 September 2024.
Pasangan itu diijab kabul pada 2021.
View this post on Instagram
A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)
Topic Berkaitan
#Nora Ariffin
#cerai
#Rushdi Ramli
#mahkamah syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan