awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nourul berhijrah ke Bali, nasihat agar simpan kad vaksinasi dengan baik

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
30/09/2021
01:41 MYT
Nourul berhijrah ke Bali, nasihat agar simpan kad vaksinasi dengan baik
Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya, Eric Daniel Depp. - Foto Instagram/nouruldepp
INDIVIDU yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.
Selain itu mereka juga diberikan kad vaksinasi.
Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya, Eric Daniel Depp.
Penyanyi itu turut membawa tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8, Raphael, 6 dan Isabella, 2.
Manakala Ayu Nazirah, anak daripada perkahwinan terdahulu bersama Ajai tidak ikut serta.
Menerusi hantaran sebuah video dan kapsyen di akaun Instagramnya, penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’ itu menasihatkan orang ramai supaya menyimpan kad vaksinasi dengan baik.
Kad berkenaan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin kepada penenerima selepas suntikan vaksin COVID-19.
Menurut Nourul kad vaksinasi yang diberikan sangat penting untuk kegunaan ketika berada di luar negara kerana mereka di sana tidak mengambil kira sijil vaksinasi digital mahupun dalam talian.
“Kad vaksinasi ni jangan hilang ye. Nanti kalau sempadan sudah dibuka, berguna sangat-sangat.
“Sebab negara lain tidak akan memuat naik rekod vaksin. Jadi kita perlukan ini,” tulis Nourul mengenai kad vaksinasi yang diperolehinya di Malaysia.
View this post on Instagram
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Topic Berkaitan
#Nourul
#Kad Vaksin
#COVID-19
#sijil digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan