awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Nyanyi sikit pun dah rasa pedih" - Jeslina Hashim dedah punca peti suara rosak

Gempak
Gempak
30/08/2018
08:00 MYT
"Nyanyi sikit pun dah rasa pedih" - Jeslina Hashim dedah punca peti suara rosak
Jeslina Hashim mengakui rindu untuk kembali membuat persembahan namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya. -Foto Gempak
PENYANYI Jeslina Hashim mengakui rindu untuk kembali membuat persembahan namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya.
Kata Jeslina, 40, peti suaranya rosak sejak empat tahun lalu dan dinasihatkan doktor pakar untuk tidak menyanyi.
"Rindu memang rindu nak kembali menyanyi tambah-tambah pula apabila melihat Maya Karin menyanyi.
"Bayangkan, semua lagu saya dalam album termasuk Ku Intai Cinta Dalam Rahsia pun tak dapat saya nyanyikan sekarang.
"Kalau menyanyi sikit pun akan rasa pedih-pedih.
"Tetapi, doktor mengesahkan peti suara saya bermasalah, membengkak dan seakan-akan sudah rosak.
"Puncanya mungkin kerana asid berlebihan daripada perut ekoran penyakit gastrik saya sebelum ini," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Munafik 2 di e@Curve, Damansara baru-baru ini.
Namun, kata Jeslina dia masih membuat pemeriksaan berkala bagi memulihkan peti suaranya itu.
Jeslina hadir bersama teman lelakinya, Tunku Eddy Nasruan Adli bagi memberikan sokongan buat produksi Munafik 2 walaupun akui dia seorang yang penakut.
"Saya memang penakut tetapi tetap bertegas nak tengok juga filem ini. Mujurlah ada yang sudi temankan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#doktor pakar
#Jeslina Hashim
#Maya Karin
#peti suara
#Tunku Eddy Nasruan Adli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan