Melihat semula detik suka-duka zaman kegemilangan pasukan Harimau Malaya 1980 dalam bentuk teater muzikal membuat lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh sangat tersentuh perasaan.
Kedua-dua mereka menjadi tetamu khas ketika teater 'Ola Bola The Musical' yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Soh berkata walaupun perasaan itu jauh berbeza ketika sedang beraksi di perlawanan sebenar pada tahun 1980, beliau memuji semangat perjuangan yang dipamerkan di pementasan itu.
“Sangat menyentuh hati, terutama sekali pada bahagian yang menunjukkan pasukan sudah tahu bahawa Malaysia memilih untuk keluar dari temasya Olimpik (1980).
BACA: Tiara Jacquelina terkejut 'Ola Bola The Musical' terima 'standing ovation'
“Kesemua mereka memutuskan bahawa mereka berjuang untuk negara dan bukan untuk Olimpik,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Ahad.
Santokh Singh turut menyuarakan pandangan yang sama.
“Pementasan yang hebat. Babak yang menyentuh perasaan adalah apabila mereka semua bersatu walaupun dari kaum yang berbeza.
"Ia juga menunjukkan mereka dari latar belakang yang berbeza,” katanya ringkas selepas pementasan.
Sementara itu, kehadiran mereka berdua turut menggamatkan suasana di Istana Budaya.
Mereka juga diberi penghormatan istimewa dan ‘standing ovation’ di pentas utama.
Pelakon yang membintangi 'Ola Bola The Musical' termasuk Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi.
'Ola Bola The Musical' yang dipersembahkan oleh CIMB itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 11 Mac, 2018.
Astro merupakan rakan media rasmi untuk ‘Ola Bola The Musical’.
Syafique Shuib
Sun Feb 25 2018
'Standing ovation' untuk Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun ketika pementasan 'Ola Bola The Musical' di Istana Budaya pada Ahad. Astro AWANI
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.