awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscar: Keluarga di Mesir tumpang bangga kejayaan Rami raih Pelakon Lelaki Terbaik

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2019
01:31 MYT
Oscar: Keluarga di Mesir tumpang bangga kejayaan Rami raih Pelakon Lelaki Terbaik
Rami Malek menyampaikan ucapan ketika menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada malam Anugerah Akademi ke-91 di Hollywood pada Ahad malam. - Foto AP/Fail
Detik-detik kejayaan aktor keturunan Mesir, Rami Malek, ketika diisytihar Pelakon Lelaki Terbaik pada malam Anugerah Akademi ke-9 pada Ahad, turut dikongsi keluarga dan saudaranya di sini.
Menurut sepupunya, Fadi, 24 tahun, ibu dan bapa saudaranya serta sepupunya semua berkumpul di rumah keluarga mereka di daerah Minya, kira-kira 265km selatan Kaherah, untuk menonton majlis anugerah itu yang disiar secara langsung dari Los Angeles.
“Kami seluruh keluarga telah berkumpul untuk menyaksikan siaran langsung anugerah berprestij itu beramai-ramai di Kaherah.
“Saat Malek diumumkan sebagai pemenang kami bersorak gembira ibarat pasukan bola sepak Mesir berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak.
"Kemenangan ini bukanlah kemenangan untuk seluruh ahli keluarga, tetapi juga untuk Mesir," katanya.
BACA: Rami Malek imigran Arab Mesir cemerlang di Oscar
Sementara itu, ibu kepada Rami yang dikenali sebagai Nelly, menyatakan dia dan anaknya amat berbesar hati untuk berjumpa dengan saudara-mara mereka di Mesir bagi berkongsi kejayaan itu.
Rami, 37 tahun, dan keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat pada 1979.
Beliau menjadi tumpuan media serta pemerhati filem lantaran lakonan cemerlangnya dalam Bohemian Rhapsody.
Topic Berkaitan
#Bohemian Rhapsody
#Kaherah
#keluarga
#Mesir
#Pelakon Lelaki Terbaik
#Rami Malek
#saudara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan