awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Nil dan Datuk AC rujukan saya - Nabil Ahmad

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
18/10/2018
11:05 MYT
Pak Nil dan Datuk AC rujukan saya - Nabil Ahmad
Nabil diumumkan Pengacara/Hos Hiburan Terbaik anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) peringkat Malaysia oleh MIPCOM di Cannes, Perancis pada Isnin. -Foto Youtube/Meletop
PENGACARA dan pelawak popular Nabil Ahmad akui sering menjadikan Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil) dan Datuk AC Mizal sebagai rujukan dalam bidang pengacaraan.
Menurut Nabil, Pak Nil dan Datuk AC Mizal adalah pengacara yang sentiasa mengikut trend terkini dan selalu memberi tunjuk ajar serta mendidiknya dalam menjadi pengacara yang bagus.
“Saya selalu melihat Pak Nil dan Datuk AC sebagai reference (rujukan). Mereka berada dalam industri lebih lama daripada saya dan masih kekal sehingga kini di dalam industri hiburan.
"Mereka sering mencuba perkara baharu dan sentiasa menghiburkan orang ramai dan apa yang saya cuba lakukan adalah memberikan karakter berbeza dalam setiap program yang saya mengacarakan,” kata Nabil ketika dihubungi Astro AWANI.
Nabil diumumkan sebagai Pengacara/Hos Hiburan Terbaik anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) peringkat Malaysia oleh MIPCOM di Cannes, Perancis pada Isnin.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 35, berkata pengiktirafan itu ialah pencapaian tertinggi diterimanya sepanjang berada dalam dunia hiburan tempatan dan tidak pernah menjangkakan pengiktirafan sedemikan.
“Saya memang tidak pernah menjangkakan anugerah ini. Sejujurnya, saya tidak tahu pun saya tercalon untuk anugerah tersebut,” tambah beliau.
Menurut Nabil, beliau hanya mengetahui tentang kemenangannya itu melalui Instagram Pak Nil dan Kak Z yang tiba-tiba mengucapkan tahniah kepadanya.
Sementara itu, Nabil melahirkan rasa syukur atas kemenangan yang dicapai. Menerusi entri di Instagram (IG), Nabil menjelaskan kejayaan diraih ini adalah hasil usaha semua pihak yang membantu dan memberi kepacayaan pada dirinya untuk mengacarakan rancangan Gegar Vaganza.
"First of all syukur Alhamdulillah and thank you so much for giving me such a big award.
"Many thanks to my family, my wife @zira.ayub. Not to forget Co-host @jihanmuse to all Gegar Vaganza team kak @ggrazidajulaiha, @nana_j_hussin @smshaha dan semua crew dari depan tabir sampailah di belakangg tabir from the first season sampailah season 5.
View this post on Instagram
First of all syukur Alhamdulillah and thank you so much for giving me such a big award. Many thanks to my family, my wife @zira.ayub. Not to forget Co-host @jihanmuse to all GV team kak @ggrazidajulaiha @nana_j_hussin @smshaha dan semua crew dr depan tabir spila blkg tabir from the first season spilah season 5 coz have a trust in me. Dan @nabeliciousfc thank you korang! Thank you soooo much guys
Topic Berkaitan
#Anugerah Asian Academy Creative Awards
#Astro
#Datuk AC Mizal
#Datuk Aznil Hj Nawawi
#Gegar Vaganza
#Nabil Ahmad
#Pak Nil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan