Pemergian pelakon terkenal Azean Irdawaty memberi kesan yang mendalam kepada para pelakon dan pengarah yang pernah bekerja bersama Allahyarham.
Dengan bakat yang ada, pemergian primadona filem Melayu merupakan satu kehilangan yang besar kepada industri perfileman tempatan.
“Ada sedikit kesedihan pada kami yang masih ada lagi. Pada tahun ini sahaja, telah ada lapan seniman dan seniwati yang telah pergi. Antaranya adalah Omar Suwita, Yahya Sulong, S Shamsuddin, Kuswadinata, Latifah Omar, Datin Umi Kalsom, Maimon Mutalib, dan yang kemudian sekali Azean Irdawaty,” kata Datuk Aziz Satar.
Beliau yang pernah berlakon bersama Azean dalam filem Layar Lara dan drama Aishah 50 Sen memuji bakat dan disiplin yang ada pada Allahyarham.
“Beliau mempunyai disiplin, penghayatan yang bagus, mengenali, mencintai dan menjiwai (lakonan). Apa yang beliau lakonkan banyak memberi kesan kepada penonton,” tambah Aziz.
Walaupun sering bergurau di lokasi penggambaran, Aziz memuji dedikasi Azean.
“Dia antara yang akan menumpukan perhatian kepada kerja beliau dan jarang bergurau dengan berlebihan. Oleh kerana itu beliau berjaya menjadi seniwati yang terbaik.”
Pelakon veteran Norlia Ghani juga turut bersedih dengan pemergian Azean.
“Saya tumpang bersedih kerana artis bergilir-gilir meninggal sejak akhir-akhir ini. Kesian beliau yang sudah sakit dengan sekian lama,” kata beliau.
Akui agak sukar untuk berjumpa dengan Azean ketika beliau sakit, namun Norlia berkata mereka berdua sering berhubung menerusi sistem pesanan ringkas SMS.
“Kadang-kadang terbalik pula kerana beliau yang akan bertanya khabar saya.
Susah nak menggantikan kebolehan beliau. Saya meminati lakonan beliau. Dia versatile, beliau primadona dalam lakonan,” tambah Norlia.
Pengarah tersohor Datin Paduka Shuhaimi Baba yang berkerjasama dengan Azean dalam filem Waris Jaris Hantu.
“Beliau sering mengelar diri beliau sebagai Tok Wan ketika pembikinan filem Waris Jaris Hantu. Saya ini adalah ‘cucu’ beliau. Kami sering berhubung melalui mesej. Beliau juga tidak pernah menunjukkan kesakitan beliau. Beliau terus bersenyum,” kata Shuhaimi sambil mengesat air mata.
Beliau memuji sikap Azean yang begitu profesional dan sering melakukan research ketika skrip diberikan kepada beliau.
“Beliau sendiri akan meminta skrip penuh dan bukan sahaja skrip yang mempunyai babak beliau sahaja. Beliau akan belajar watak dan menulis nota di skrip. Saya akan berikan lebih masa untuk beliau belajar jika perlu.
“Beliau juga amat pemurah dan akan memberi tunjuk ajar kepada pelakon-pelakon lain. Tetapi janganlah datang lambat, kerana beliau tidak segan untuk bersuara kerana beliau akan datang tepat pada masa atau lebih awal,” akhiri Shuhaimi.
Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.
Solat jenazah diadakan di Masjid Al Makmuriah Kampung Sungai Kayu Ara pada jam 11.13 pagi tadi.
Jenazah dikebumikan pada jam 12 tengahari tadi di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Klik sini untuk galeri gambar sekitar pengkebumian Allahyarhamah Azean Irdawaty.
Syafique Shuib
Wed Dec 18 2013
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pantang Azean Irdawaty pelakon lain datang lewat - Shuhami Baba
Pemergian primadona filem Melayu memberi kesan yang mendalam kerana Azean Irdawaty merupakan antara pelakon terhebat negara.
Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia
Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.