Siapa kata muzik Malaysia sukar mendapat tempat di hati peminat muzik luar negara?

Kini, Paperplane Pursuit membuktikan muzik tempatan mampu melangkaui batas jarak dan budaya.

Ini dapat dilihat apabila single band tersebut, Feel Good, berada di tangga ke-30 carta lagu Amerika Syarikat, Billboard Mainstream Top 40 Indicator Chart minggu ini.

Lagu-lagu yang berada dalam carta Billboard Mainstream Top 40 Indicator dinilai sepenuhnya berdasarkan kekerapan lagu dimainkan di radio. Ini berbeza dengan carta Billboard Hot 100 yang merangkumi jualan single, kekerapan lagu dimainkan di radio dan muat turun digital.

Number 30 on Billboard! We lost some ground last week, but we've claimed it back again, thanks to you guys!Meanwhile,...

Posted by Paperplane Pursuit on

Ia boleh disifatkan sebagai satu kejayaan buat band yang dianggotai tiga orang anak muda iaitu John (vokal/keyboard/gitar), Andrew (drum/perkusi) dan Isaac (gitar) ini, melihat kepada nama-nama besar yang ditewaskan mereka dalam carta berkenaan minggu ini.

Kedudukan yang dicapai lagu Feel Good adalah lebih baik daripada lagu-lagu dendangan penyanyi antarabangsa seperti Drake, Robin Thicke dan Maroon 5. Lagu berkenaan sudah enam minggu berada di dalam carta tersebut.

Feel Good dendangan Paperplane Pursuit (Sumber video laman Youtube Paperplane Pursuit).