awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Amerul Affendi pertama kali jadi lelaki lembut dalam Polis Evo

Gempak
Gempak
25/06/2015
01:21 MYT
Pelakon Amerul Affendi pertama kali jadi lelaki lembut dalam Polis Evo
Pelakon Amerul Affendi mengakui wataknya sebagai lelaki lembut dalam filem aksi Polis Evo bukan karakter yang ditawarkan oleh pihak produksi pada awalnya.
Pelakon Amerul Affendi mengakui wataknya sebagai lelaki lembut dalam filem aksi Polis Evo bukan karakter yang ditawarkan oleh pihak produksi pada awalnya.
Menurut Amerul yang cukup terkenal dengan watak-watak serius dalam filem mahupun drama, sampai sahaja di set pengambaran, secara tiba-tiba dia diminta untuk menjayakan watak lelaki lembut.
"Pada mulanya saya menerima panggilan dari pihak produksi. Mereka menawarkan saya watak sebagai orang Siam. Saya tidak keberatan kerana sebelum ini pernah menjayakan watak sebegitu dalam filem Bikers Kental. Sampai sahaja di set penggambaran, semuanya bertukar.

“Saya hanya bersedia sahaja apabila tiba-tiba disuruh membawa karakter May Yam iaitu seorang lelaki lembut. Semuanya berlaku secara spontan dan banyak juga dialog ditukar untuk menyesuaikan karakter dengan perwatakan lembut itu. Saya hanya improvise dialog tersebut," ujarnya.
Jelas Amerul lagi, dia sangat senang dengan pengarahan Ghaz Abu Bakar walaupun baru pertama kali mereka bekerjasama.
"Ini merupakan filem sulung saya dengan Ghaz. Sangat gembira dapat bekerja dengannya kerana dia merupakan seorang pengarah yang best. Dia sangat terbuka dengan pelakon-pelakonnya dan senang untuk menerima cadangan pelakon untuk mencorakkan watak," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Amerul baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbaru lakonannya, Dukun Doktor Dani arahan pertama pengarah Sabri Yunus di Kampung Nenasi, Pekan, Pahang. Menerusi filem kerjasama Astro Shaw dan Balang Rimbun itu, Amerul bergandingan dengan Taufik Batisah, Fasha Sandha, Yus Jambu, Raysha Rizrose dan ramai lagi.
Sumber: Portal Murai
Topic Berkaitan
#amerul affendi
#filem
#polis evo
#Shaheizy Sam
#Zizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan