awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon The Cosby Show, Malcolm-Jamal Warner meninggal dunia akibat lemas

Agensi
Agensi
21/07/2025
22:30 MYT
Pelakon The Cosby Show, Malcolm-Jamal Warner meninggal dunia akibat lemas
Warner dipercayai dibawa arus kuat ke tengah laut sebelum diselamatkan orang awam dan dibawa ke darat, namun, usaha menyelamat yang dijalankan pasukan Palang Merah Costa Rica gagal menyelamatkan nyawanya. - Gambar fail Reuters
LOS ANGELES: Pelakon terkenal, Malcolm-Jamal Warner, yang dikenali menerusi watak Theo Huxtable dalam siri popular The Cosby Show, disahkan meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Menurut kenyataan rasmi Agensi Siasatan Kehakiman Costa Rica, Warner dilaporkan lemas ketika berenang di Playa Grande, Cocles — sebuah kawasan pantai di wilayah Limón — sekitar jam 2 petang waktu tempatan, Ahad lalu.
Mangsa dipercayai dibawa arus kuat ke tengah laut sebelum diselamatkan orang awam dan dibawa ke darat, namun usaha menyelamat yang dijalankan pasukan Palang Merah Costa Rica gagal menyelamatkan nyawanya.
Warner disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pelakon itu meraih populariti antarabangsa apabila membintangi The Cosby Show dari 1984 hingga 1992, sebagai anak kepada watak yang dilakonkan Bill Cosby.
Lakonannya itu turut melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam siri komedi pada 1986.
Warner dilaporkan dipilih sendiri oleh Bill Cosby untuk membintangi watak tersebut pada hari terakhir sesi uji bakat secara nasional.
Selepas kejayaan The Cosby Show, Warner terus aktif dalam dunia lakonan menerusi siri seperti Malcolm & Eddie bersama pelawak Eddie Griffin, serta muncul sebagai tetamu dalam siri popular The Fresh Prince of Bel-Air dan Sesame Street.
Dalam era lebih terkini, Warner membintangi siri drama perubatan, The Resident sebagai pakar bedah toraks, Dr AJ Austin.
Selain lakonan, Warner juga aktif dalam bidang muzik dan seni suara.
Beliau memenangi Anugerah Grammy pada 2015 bagi kategori Persembahan R&B Tradisional Terbaik menerusi lagu Jesus Children of America, bersama Robert Glasper dan Lalah Hathaway.
Album puisi suaranya, Hiding In Plain View, turut menerima pencalonan Grammy pada tahun 2023.
Peminat dan rakan industri seni di seluruh dunia kini berkabung atas kehilangan seorang artis serba boleh yang meninggalkan impak besar dalam dunia hiburan. - Agensi
Topic Berkaitan
#pelakon The Cosby Show
#Malcolm-Jamal Warner
#Malcolm-Jamal Warner meninggal
#lemas
#Playa Grande Cocles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan