awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon drama 'Nur' Kamsani Ismail meninggal dunia

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/01/2023
03:30 MYT
Pelakon drama 'Nur' Kamsani Ismail meninggal dunia
Allahyarham Kamsani Ismail meninggal malam tadi akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman.
MELAKA TENGAH: Pelakon drama bersiri popular "Nur", Kamsani Ismail, menghembuskan nafas terakhir malam tadi akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman.
Allahyarham yang berusia 60 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka, di sini, kira-kira jam 11.30 malam.
Anaknya, Muhd Amin, 25, berkata, bapanya sempat mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Kesihatan ayah saya memang merosot kebelakangan ini dan selepas dihantar ke Hospital Melaka, beliau terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 2.30 petang semalam.
“Bagaimanapun selepas menerima rawatan di hospital, pihak hospital kemudian mengesahkan bahawa ayah telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ujar Muhd Amin, bapanya merupakan menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu.
Katanya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas zuhur.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama termasuk "Nur", "Nenek Kebayan" dan "Shhh I Love You".
Kamsani yang berasal dari Klebang meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur di antara 18 dan 36 tahun.
Topic Berkaitan
#Kamsani Ismail
#drama bersiri Nur
#kencing manis
#Hospital Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan