awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Fahrin Ahmad sunting Elena Hani Eleas sebagai isteri

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2015
04:13 MYT
Pelakon Fahrin Ahmad sunting Elena Hani Eleas sebagai isteri
Fahrin Ahmad, 36 selamat melangsungkan pernikahan dengan Elena Hani Eleas dalam satu majlis yang berlangsung pagi tadi.
Pelakon filem Pilot Cafe, Fahrin Ahmad, 36 selamat melangsungkan pernikahan dengan Elena Hani Eleas dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby pagi tadi.
Dengan sekali lafaz, pelakon itu selamat bergelar suami kepada Elena yang juga merupakan pramugari syarikat penerbangan Emirates.
Fahrin telah mengumumkan tarikh pernikahannya melalui satu sidang media mengejut yang diadakan pada Selasa dan merahsiakan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya itu.
Menamatkan segala gosip yang timbul, Fahrin sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon dan pengacara terkenal.
Fahrin merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA dan kini telah lebih 13 tahun berkecimpung dalam dunia seni tempatan sebagai pelakon, pengacara dan penceramah.
Elena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheng & Ariff di Kuala Lumpur selama lima tahun sebelum memilih tugas sebagai pramugari di Emirates.
Inilah bakal isteri pelakon Fahrin Ahmad yang dirahsiakan identitinya, Elina Hani. Tahniah! (Video @officialhlive) pic.twitter.com/nrM9Okau64
— Astro AWANI (@501Awani) May 9, 2015
Pelakon Fahrin Ahmad kini sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas. Tahniah! (Video @officialhlive) pic.twitter.com/lmlZp4dKUj
— Astro AWANI (@501Awani) May 9, 2015
Sesi penyerahan mas kahwin sejurus selepas @fahrinahmad_fa selesai menunaikan solat sunat. #FahrinAhmadNikah #hlive pic.twitter.com/Bdc0WqEIyb
— officialhlive (@officialhlive) May 9, 2015
Topic Berkaitan
#Elena Hani Eleas
#Fahrin Ahmad
#kahwin
#nikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan