KUALA LUMPUR: Pelakon filem Prebet Lapok, Abu Bakar Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Tawil, 69, meninggal dunia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kepong, di sini pada jam 2.15 pagi tadi.
Berita pemergian pelakon veteran itu disahkan anaknya yang juga Penerbit Promo Program Astro AWANI, Mohammad Firdaus Abu Bakar pada Jumaat.
Menurutnya, dia mendapat panggilan daripada ibunya memaklumkan ayahnya menghadapi kesukaran bernafas pada jam 1.15 pagi tadi dan terus menghubungi ambulans.
Begitupun, ketika ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan bapanya sudah menghembuskan nafas terakhir.
“Kali terakhir kami jumpa masa bulan puasa dulu sebelum sekatan pergerakan penuh. Sebelum itu sempat juga jumpa tapi bila tak boleh rentas negeri, kita hanya buat panggilan video.
“Kali ini pun dapat jumpa tapi sudah tiada, sudah meninggal dunia. Waktu COVID-19 ini, memang macam-macam cabarannya,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, ketika kali terakhir buat panggilan video pada minggu lepas, arwah kelihatan ceria dan bergurau seperti biasa dengannya.
“Kami semua masih lagi dalam percaya atau tidak percaya, masih terkejut. Sedih tapi terkejut dan kami bersyukur kerana arwah pergi pada hari yang mulia, hari Jumaat,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, selepas ini dia pastinya akan merindukan gurauan daripada bapanya itu yang sejak dari dulu selalu berseloroh dengan sesiapa sahaja.
“Saya akan rindu dia punya seloroh. Dia dengan semua orang akan berseloroh, berbual.
“Arwah memang tak kedekut ilmu, tak sombong dan suka buat kawan. Dia kawan saja dengan semua orang,” katanya.
Jenazah disempurnakan di Masjid Abu Hurairah Kg Batu, Jalan Ipoh, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Tahun lalu, arwah Tawil antara 25 penggiat seni menerima surat tawaran unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin atas usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk golongan veteran.
Unit kediaman didudukinya dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan bayaran RM35,000, sebelum arwah dan isteri berpindah pada Mac lalu.
Arwah bukan hanya dikenali sebagai pelawak pentas malah banyak membintangi drama dan filem serta bergelar pengacara sekitar 1970-an dan 1980-an.
Namanya mula masyhur menerusi filem Prebet Lapok arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar dan gandingannya bersama bintang utamanya, AR Badul menjadi sebutan ramai.
Filem tersebut merupakan penampilan pertama arwah menerusi layar perak pada usia 29 tahun, selepas hampir lapan tahun bergiat aktif dalam dunia pementasan teater dan bangsawan.
Selain itu, arwah turut membintangi filem-filem hebat seperti Darah Satria, Setinggan, Da Di Du, Serampang Tiga, Penyamun Tarbus dan banyak lagi.
Sepanjang kariernya, arwah Tawil membintangi kira-kira 500 drama, filem, teater dan bangsawan sejak usia 19 tahun.
Astro Awani
Fri Jul 23 2021
Arwah bukan hanya dikenali sebagai pelawak pentas malah banyak membintangi drama dan filem serta bergelar pengacara sekitar 1970-an dan 1980-an.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Isterinya, Sarepah Meriam Aboo berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.
Lan Zailan disahkan ada kanser tahap 4
Isterinya, Ruby Sara Omar, memaklumkan barah berkenaan sudah merebak ke bahagian organ penting lain.
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Pasangan pelakon Jay Iswazir dan isteri pula bercerai
Pelakon Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad disahkan sudah berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Syafie Naswip jaga batas pergaulan dalam lakonan
Baru sahaja bergelar suami, pelakon Syafie Naswip mengakui perlu lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan di lokasi penggambaran.
“Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya” - Meerqeen
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
Teman wanita dakwa dipukul pelakon tarik balik laporan polis
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Bintang 'Charmed', Shannen Doherty, meninggal dunia
Pada 2017, Doherty memaklumkan gejala kansernya mula berkurangan namun pada 2019, kanser itu kembali.
Pelakon didakwa pukul teman wanita gagal dihubungi polis
Polis telah mendapat Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi merakam percakapan seorang pelakon lelaki didakwa memukul teman wanitanya, di Ara Damansara, Petaling Jaya.