awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Mary Poppins 1964 meninggal dunia pada usia 100 tahun

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2024
02:00 MYT
Pelakon Mary Poppins 1964 meninggal dunia pada usia 100 tahun
Sepanjang kariernya selama 60 tahun, Johns telah terlibat dalam berpuluh-puluh filem namun peranannya dalam 'Mary Poppins' sebagai Winifred Banks adalah yang paling diingati. - Foto Entertainment Weekly
GLYNIS Johns, pelakon Britain bersuara serak yang terkenal dengan peranannya dalam filem muzikal filem blockbuster tahun 1964 ‘Mary Poppins’ meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Johns merupakan pelakon veteran filem dan pentas pernah memenangi Anugerah Tony pada tahun 1973 untuk peranannya dalam filem muzikal Stephen Sondheim 'A Little Night Music'.
Johns juga pernah dicalonkan di anugerah Oscar untuk filem tahun 1960 'The Sundowners'.
Menurut pengurusnya Mitch Clem, Johns meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Los Angeles.
Sepanjang kariernya selama 60 tahun, Johns telah terlibat dalam berpuluh-puluh filem namun peranannya dalam 'Mary Poppins' sebagai Winifred Banks adalah yang paling diingati.
Johns pernah melakonkan watak ikan duyung dalam filem 'Miranda' (1948), dan kemudian muncul dalam dua sekuel 'Mad About Men' (1954).
Beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik untuk peranannya sebagai penjaga hotel dalam filem 'The Sundowners' bersama Robert Mitchum, Deborah Kerr dan Peter Ustinov.
Johns dilahirkan pada 5 Oktober 1923 di Afrika Selatan semasa ibu bapanya mengembara untuk persembahan pentas di sana.
Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki.
Topic Berkaitan
#Glynis Johns
#Mary Poppins
#meninggal dunia
#sakit tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan