awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAIS siasat pengendali akaun Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Matt Dillion melawat kem pelarian Rohingya di Myanmar

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
03/06/2015
11:11 MYT
Pelakon Matt Dillion melawat kem pelarian Rohingya di Myanmar
Lawatan kemanusiaan Matt Dillon menjadikan beliau salah seorang selebriti pertama yang mengetengahkan masalah pelarian Rohingya yang ditindas sejak berdekad lamanya. Foto - Twitter Astroehlein
Pelakon yang popular menerusi filem Crash, Matt Dillion berpeluang menjejakkan kaki ke Myanmar dalam satu misi kemanusiaan bagi melawat warga Rohingya yang ditindas dan terpaksa berpindah.
Matt bertemu aktivis Thun Khin di sebuah kutipan derma Pelarian Antarabangsa yang berlangsung di Washington bulan lalu.
Thun menceritakan perihal keganasan yang melanda kaum Rohingya yang menetap di negeri barat Rakhine kepada pelakon berusia 51 tahun itu.
Dalam pertemuan itu, Thun menerangkan mengenai kem-kem pelarian yang dibina bagi menempatkan golongan muslim Rohingya yang diusir. Kem berkenaan didirikan di sebuah kawasan berhampiran laut.
Difahamkan, Matt sebelum ini berada di Jepun atas urusan kerja. Bintang kelahiran New Rochelle, New York itu memutuskan untuk melawat Myanmar bagi melihat sendiri episod malang yang menimpa pelarian Rohingya.
Melihatkan keadaan kanak-kanak kekurangan zat makanan, mereka yang tercedera dan tidak dirawat serta ratusan mengalamai dehidrasi, Matt menyifatkan keadaan mereka sebagai ‘memilukan’.
Matt Dillon, Myanmar 2
Matt Dillon, Myanmar 2
Foto - Twitter Gulf Tabloid!
“Tiada sesiapa yang patut hidup seperti ini, sesungguhnya mereka sungguh menderita. Secara perlahan-lahan terseksa, seperti sinar harapan tidak pernah wujud buat mereka,” terangnya.
Meskipun pernah melawat kem pelarian di Sudan dan Congo, Matt menyifatkan lawatan ini adalah sesuatu yang lebih dahsyat daripada apa-apa yang pernah dilihatnya sebelum ini.
“Ramai yang menderita. Mereka kelihatan seakan-akan ditinggalkan begitu sahaja untuk mati. Peluang untuk melawat dan melihat sendiri apa yang berlaku adalah satu perkara yang berharga buat diri saya,” ujarnya.
Matt Dillon, Myanmar
Matt Dillon, Myanmar
Foto - Twitter SFGate
Myanmar menukar tampuk pemerintahan daripada diktator kepada demokrasi pada tahun 2012. ‘Kebebasan’ membuat keputusan ini telah digunakan oleh pucuk kepimpinan tertinggi untuk menafikan kewarganegaraan buat kaum Rohingya.
Mereka juga didakwa telah membunuh ratusan kaum minoriti itu selain mengusir ribuan lagi supaya meninggalkan Myanmar.
Lawatan itu menjadikan Matt salah seorang selebriti pertama yang mengetengahkan masalah pelarian Rohingya yang ditindas sejak berdekad lamanya.
Sementara itu laman Twitter dipenuhi dengan reaksi para netizen yang menghargai tindakan Matt Dillion.
Respek Matt Dillon selebriti Hollywood turun ke Burma untuk tarik perhatian dunia kepada masalah penindasan Rohingya. pic.twitter.com/Pn2nvfatzs
— Malek Hussin (@AbdMalekHussin) June 2, 2015
#apayangbest Matt Dillon melawat kem Etnik Rohingya dn simpati atas apa yang berlaku @kosmo_online @bestfmmalaysia @zairibestfm #bestpagi
— Haiza (@HaizaHanafi) June 1, 2015
Matt Dillon put a rare star-powered spotlight on Rohingya http://t.co/vKGwswuzIX
— Jon Tan (@TrumpetTan) June 2, 2015
Thank you Matt for not ignoring the sufferings of thousands of Rohingya Muslims! My prayers for them! When did we... http://t.co/A7B4F5042B
— Pilar Potts (@pilar_potts) June 2, 2015
Thank you @MattDillon for helping in raising voice for #Rohingya #SaveRohingya
— Umm (@AverageKay) June 3, 2015
.@MattDillon highlighted Myanmar's Rohingya Muslims by visiting a camp for tens of thousands in Rakhine. pic.twitter.com/QnKWfsqv9l
— klubbkidd(@klubbkiddkl) June 3, 2015
Topic Berkaitan
#Matt Dillion
#Myanmar
#pelarian
#refugees
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan