awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Raysha Rizrose bergelar isteri, suami senaraikan keperibadian memikat hati

Gempak
Gempak
23/02/2023
09:37 MYT
Pelakon Raysha Rizrose bergelar isteri, suami senaraikan keperibadian memikat hati
Bersyukur cinta semakin mekar sehingga ke saat ini, Nabil Jeffri berkata Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya. - Gempak
SELAMA 10 tahun menyulam cinta, pelakon Raysha Rizrose menganggap suaminya yang juga usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri sebagai inspirasi dalam hidupnya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Manakala Nabil pula menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat selain hatinya terpikat dengan kebijaksanaan isteri tercintanya itu.
“Dia sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya. Kebijaksanaannya juga menambat hati saya.
“Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil Jeffri.
Bersyukur cinta semakin mekar sehingga ke saat ini, Nabil Jeffri berkata Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” kata Nabil Jeffri.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu dan akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada Rabu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Raysha Rizrose
#berkahwin
#pelumba kereta Formula 2
#Nabil Jeffri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan