KUALA LUMPUR: Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak 'Faridah' menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, dia dimaklumkan, Allahyarham Joria menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai di Ipoh pada jam 1.37 pagi akibat jangkitan virus di sisi ketiga-tiga anaknya, dua minggu selepas dimasukkan ke hospital.
"Beliau juga pernah muncul dalam filem Mekanik pada tahun 1983. Beliau dilahirkan pada 25 November 1944 di Bentong Pahang.
'Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk terus aktif di dalam dunia seni disebabkan mengikut arwah suami beliau Datuk Seri Azizul Hassan yang bekerja sebagai Pegawai Kanan Polis pada ketika itu yang bertugas dan berpindah-pindah.
"Jenazah beliau dimandikan dan dikafankan di rumah di Jalan Watson Ipoh sebelum dibawa ke Perkarangan Masjid Dato’ Panglima Kinta untuk dikebumikan bersebelahan kubur suami beliau sekitar jam 11 pagi semalam.
"Segala perjalanan urusan pengkebumian juga berjalan lancar dan bagi pihak keluarga arwah sangat terharu kerana arwah ibu mereka diberikan penghormatan untuk disemadikan di tanah perkuburan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kata Hafiz, anak Joria ketika menghubunginya juga memaklumkan, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan.
"Allahyarham juga berbesan dengan Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail kerana anak lelaki beliau Mohammad Yaakob berkahwin dengan anak bongsu Tuanku Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Sharifah Fariza Binti Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin.
"Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan barisan Exco Seniman mengucapkan takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian ini. Al fatihah," ujarnya.
Astro Awani
Mon May 31 2021
Joria pernah muncul dalam filem Mekanik pada tahun 1983 dan dilahirkan pada 25 November 1944 di Bentong Pahang. - Facebook/FINAS Malaysia
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
Pelakon watak 'Faridah' Keluarga 69 meninggal dunia
Permata seni hiburan tanah air Joria Basir yang terkenal dengan watak 'Faridah' menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad.