EKSKLUSIF untuk pelanggan Go Shop, mereka berpeluang memenangi tiket konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour pada 16 Mac depan.

Menurut penyanyi tersohor Siti Nurhaliza Tarudin, peraduan ini adalah antara satu cara mempromosikan konsertnya di samping memberi peluang kepada pelanggan membeli produk berjenama yang berkualiti tinggi.

"Ini adalah kerjasama dengan pihak Vantage kerana apabila mereka tahu saya membuat konsert, semestinya tiket konsert itu akan jadi rebutan dan dengan cara macam ini pun, salah satu cara promosi."

Untuk menyertai pertandingan, pelanggan perlu membeli produk peralatan memasak jenama Vantage edisi khas dari 10 Disember 2018 hingga 17 Februari 2019.

Tiga pembeli tertinggi bakal memenangi sepasang tiket Platinum bernilai RM710.

Maklumat lanjut tentang peraduan boleh didapati di sini. Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac depan.

"Peminat saya sudah tentu akan beli di kaunter tiket dan sebagainya. Namun, bagi penonton Go Shop, mereka tidak sempat pergi kaunter, mereka berpeluang dapatkan tiket bergantung kepada nilai yang dibeli."

Siti Nurhaliza berkata pada sidang media selepas tampil dalam program siaran langsung Go Shop selama dua jam di Astro Bukit Jalil.

Pada program itu, beliau melancarkan koleksi peralatan memasak Vantage secara eksklusif kepada pelanggan Astro.

Program turut dihadiri 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk Vantage edisi khas di Go Shop pada Disember lalu.

Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak hidangan seperti Ayam Masak Ros, Patin Masak Tempoyak dan Laksa Pahang.

Tiga set Vantage Edisi Terhad diperkenalkan iaitu Vantage Siti Jumbo Pot, Vantage Siti Magic Pan dan Vantage 3 in 1 Cookware yang diukir nama serta tandatangan laser, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Produk ini boleh didapati secara eksklusif di Go Shop berserta hadiah percuma bernilai lebih RM270 untuk pembelian produk terpilih.

Layari www.goshop.com.my atau talian bebas tol 1800-82-0088 untuk membuat pesanan.