PENYANYI As'ad Motawh menafikan dakwaan kononnya kejadian dia dipeluk oleh seorang peminat wanita ketika membuat persembahan adalah gimik semata-mata.
Menurut As'ad, sebagai seorang yang beragama Islam, dia tahu batas dan nilai moral.
"Perkara itu berlaku di luar jangkaan ketika saya sedang menyanyikan lagu balada.
"Saya perasan kewujudan peminat wanita tersebut kerana dia agak 'hyperactive' serta terlompat-lompat di belakang.
"Tiba-tiba, dia datang berlari terus memeluk saya. Ini bukan gimik dan planned. Sekiranya saya dan pihak pengurusan ingin membuat sedemikian, kami tidak akan panggil wanita yang bertudung kerana perkara itu tidak baik.
"Saya beragama Islam dan tahu nilai moral sebagai seorang Muslim serta saya sedar perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Gempak.
As'ad ditemui ketika Honor Tour 10 Lite yang diadakan di Universiti Malaya, hari ini.
Tambah pelantun lagu Percaya ini, dia rasa bersalah serta kasihan apabila melihat wanita itu dibawa turun oleh pengawal keselamatan ketika persembahan sedang berlangsung.
"Saya melihat peminat wanita itu sangat fanatik. Saya rasa bersalah lalu memberi pas 'meet & greet' kepadanya.
"Namun, ketika di atas pentas wanita itu memegang tangan saya tetapi dia dapat dikawal oleh pengawal keselamatan," katanya lagi.
Terdahulu, As'ad telah dipeluk secara tiba-tiba oleh seorang peminat wanita ketika konsert jelajah The Percaya Tour di sebuah pusat beli-belah, Damansara baru-baru ini.
Akibat kejadian itu, wujud desas-desus yang mendakwa wanita itu merupakan ahli keluarga As'ad sendiri yang diupah untuk berbuat demikian.
Gempak
Tue Mar 05 2019
Menurut As'ad, sebagai seorang yang beragama Islam, dia tahu batas dan nilai moral. - Gambar Astro GEMPAK
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Hentikan sifat membenci, stop cyber bullying - Klip video pendek As'ad Motawh makan dalam!
Dalam usia yang masih muda, As'ad, 18, melalui detik-detik yang begitu menekan perasaannya seperti yang dipaparkan di dalam klip pendek tersebut.
As'ad Motawh hadir dengan single baharu, peminat taruh harapan lagu 'Selamanya'
Agak berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini seperti Senyum, Percaya dan Warna kini As'ad hadir dengan genre balada pula.
"Saya hampir mati..." - Tapi netizen dakwa As'ad Motawh sengaja jatuhkan diri
Kena tengok video itu sendiri!
Pelukan peminat wanita atas pentas didakwa gimik, ini jawapan As'ad Motawh
Penyanyi As'ad Motawh menafikan dakwaan kononnya kejadian dia dipeluk oleh seorang peminat wanita ketika membuat persembahan adalah gimik semata-mata.
Amboi ... Beraninya As'ad Motawh mengusik Kendall Jenner!
Supermodel dan selebriti popular Hollywood, Kendall Jenner berkongsi sekeping gambar baru-baru ini.
As'ad Motawh hampir patah hidung, jari tangan
PENYANYI, As'ad Motawh, 18, berkongsi di Twitter miliknya, hidung dan jari tangannya nyaris patah sewaktu melakukan latihan untuk muzik video single terbaharunya, semalam.
Saya suka 'stalk' - As'ad Motawh
Penyanyi popular menerusi lagu 'Senyum' memberitahu dia mempunyai hobi suka stalk pengikutnya di media sosial.
'Kalau Haqiem berhenti, saya pun akan berhenti menyanyi' - As'ad Motawh
Penyanyi muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah Haqiem Rusli sekiranya penyanyi itu bersara daripada dunia seni.
'Tak rosakkan lagu orang tak sah' - As'ad Motawh dikecam
As'ad diminta secara spontan menyanyikan lagu popular dari republik Indonesia itu ketika dijemput menghadiri sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad.
As'ad Motawh akhirnya tampil beri penjelasan insiden jatuh pentas 'runway'
As'ad tampil menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan dia tersadung dan terjelepuk di pentas itu.