ENTERTAINMENT
Peminat jangan risau, saya masih boleh nyanyi dua jam tanpa henti – Zamani Slam

Zamani (foto) berkata keadaan tubuh yang sedikit membongkok dalam video itu bukanlah petanda penyakitnya kembali, sebaliknya satu cara semula jadi untuk mengurangkan rasa sakit. -Gempak
PENYANYI tersohor dan vokalis kumpulan Slam, Zamani tampil menafikan dakwaan kononnya tulang belakangnya kembali bengkok seperti yang tular dalam sebuah video di TikTok baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Zamani menafikan dakwaan tulang belakangnya kembali bengkok dan menyatakan kesihatannya masih terkawal.
- Keadaan tubuh yang sedikit membongkok adalah cara semula jadi untuk mengurangkan rasa sakit, bukan petanda penyakit kembali.
- Zamani meminta peminat tidak risau kerana tahap kesihatannya baik dan dia masih boleh menyanyi tanpa masalah besar.
“Saya okey sahaja. Doktor beritahu masalah tulang belakang membengkok tidak akan berulang tetapi kalau berlaku lagi, mungkin dalam tempoh lama.
“Mungkin juga sebab terlalu aktif bekerja, tulang belakang mula rasa sakit semula dan bongkokkan badan adalah untuk bantu kurangkan rasa sakit,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Slam X Exists Our Journey baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Kembali Terjalin itu meminta peminat untuk tidak terlalu bimbang kerana secara keseluruhan, tahap kesihatannya masih baik dan terkawal.
“Namun, kepada peminat, jangan risau sebab tahap kesihatan saya baik-baik sahaja.
“Memang menghadapi masalah membongkok. Rawatan yang saya lakukan sebelum ini hanya untuk membetulkan tulang belakang, masalah bongkok memang tak boleh buat apa.
“Buat masa sekarang saya sudah syukur, cuma peminat janganlah mengharapkan saya mampu kembali normal 100 peratus seperti dulu.”
“Saya tetap gembira sebab boleh menyanyi selama dua jam tanpa ada sebarang masalah. Sebelum ini, nyanyi dua atau tiga lagu, saya perlu berhenti sebab masalah kesihatan,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Zamani bakal bergabung dengan kumpulan Exists dalam Konsert Slam X Exists: Our Journey yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, malam ini.
Untuk rekod, Zamani pernah menjalani pembedahan tulang belakang akibat skoliosis pada 7 November 2022 di sebuah hospital swasta di Cheras, dan mengambil masa berehat panjang demi fokus kepada pemulihan. -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami