awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat pertahan foto selfie Fazura dengan anjing

Gempak
Gempak
01/06/2015
06:54 MYT
Peminat pertahan foto selfie Fazura dengan anjing
Aktres tersebut memuat naik foto itu ketika menghadiri satu majlis kutipan dana untuk sebuah badan amal menjaga kebajikan haiwan, Furry Friends Farm.
Pelakon cantik Nur Fazura telah mencetus kontroversi dikalangan pengikut Instagramnya (IG) sejak petang Ahad selepas memuat naik fotonya bersama seekor anjing.
Foto Fazura bersama haiwan tersebut yang digelar ‘Kuning’ telah mendapat hampir 10,000 ‘like’ dengan 700 komen dari pengikut.
Pada foto tersebut, Fazura telah menulis kapsyen “Our superhero "Kuning" who love his friends and everyone he met. An example to many humans. Love more, hate less :) #WeLoveKuning #FurryFriendsFarm”.
Aktres tersebut memuat naik foto itu ketika menghadiri satu majlis kutipan dana untuk sebuah badan amal menjaga kebajikan haiwan, Furry Friends Farm.
Namun, agak mengecewakan apabila niat Fazura telah disalah erti segelintir peminat yang kurang senang dengan tindakan tersebut, walaupun pada kapsyen sudah jelas menampakkan tujuan sebenar penyanyi ‘Sayangi Dirimu’ itu memuatnaik foto tersebut.
Bagaimanapun, Astro Gempak tertarik dengan komen para pengikut Fazura yang lebih menghormati selfie tersebut dari melihat selebriti kesayangannya bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.
Fazura
Fazura
Fazura memuat naik foto itu ketika menghadiri satu majlis kutipan dana untuk sebuah badan amal menjaga kebajikan haiwan, Furry Friends Farm. -Gambar: Astro GEMPAK
Ada benarnya kata-kata para peminat tersebut kerana anjing juga makhluk tuhan yang layak dilayan seperti haiwan lain.
Lagipun mengikut penelitian Astro Gempak, Fazura dan Si Kuning tidaklah bersentuhan malah, jarak mereka juga agak jauh.
Mesej yang cuba disampaikan Fazura cukup jelas iaitu nilai kemanusiaan serta kasih sayang yang perlu diberikan sama rata kepada semua makhluk ciptaan Tuhan.
Kadang-kadang kita juga perlu melihat ke arah sudut yang lebih positif sebelum menghentam dan memberi komen sewenang-wenangnya kepada individu lain.
Fazura
Fazura
Topic Berkaitan
#anjing
#Astro Gempak
#Nur Fazura
#selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan