awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencalonan Pengarah Terbaik FFM-33 pengiktirafan usaha keras pasukan - Sabri Yunus

Bernama
Bernama
04/12/2024
03:20 MYT
Pencalonan Pengarah Terbaik FFM-33 pengiktirafan usaha keras pasukan - Sabri Yunus
Sabri anggap pencalonannya dalam Top 5 kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) sebagai satu pengiktirafan kepada usaha keras seluruh pasukan produksi filem Duan Nago Bogho. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan kini turut bergelar pengarah, Sabri Yunus menganggap pencalonannya dalam Top 5 kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) sebagai satu pengiktirafan kepada usaha keras seluruh pasukan produksi filem Duan Nago Bogho.
Katanya, sokongan dan kerjasama setiap ahli pasukan merupakan kunci kejayaan filem itu.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh pasukan produksi yang sudah bekerja keras dan menunjukkan dedikasi luar biasa dalam menjayakan Duan Nago Bogho.
"Filem ini bukan hasil kerja seorang individu, tetapi usaha bersama yang membabitkan kolaborasi, komitmen dan kreativiti semua ahli pasukan," katanya dalam kenyataan.
Sabri turut menganggap pencalonannya itu sebagai satu pencapaian besar dalam perjalanan kariernya kerana beliau masih mentah dalam bidang pengarahan filem.
Artis serba boleh berusia 63 tahun ini turut memuji kemampuan pengarah muda masa kini dalam menghasilkan filem dan yakin golongan itu berupaya mencipta karya cemerlang yang bukan sahaja dapat menarik penonton tetapi juga memberikan impak mendalam kepada masyarakat.
"Marilah kita bersama-sama mewujudkan ekosistem perfileman yang segar dan berinovasi, di mana bakat-bakat muda boleh muncul dengan lebih berani dan yakin.
"Melalui upaya kolektif ini, saya yakin kita akan dapat mencipta karya-karya yang menginspirasi, mencabar minda dan membawa mesej yang bermakna kepada penonton, seterusnya membentuk masa depan industri perfileman yang lebih cerah dan dinamik," katanya.
Bagi merebut anugerah itu, Sabri bersaing dengan Nik Amir Mustapha (Imaginur), Syafiq Yusof (Sheriff), Tunku Mona Riza (Rain Town) dan Nizam Razak (Mechamato Movie). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia
#sabri yunus
#calon Pengarah Terbaik
#filem Duan Nago Bogho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan