Tetapi bukan itu yang menjadi perhatian, sebaliknya kisah kesukaran yang dihadapi Swift sewaktu penggambaran video itu yang mendapat pujian para peminatnya.
Perkara tu diceritakan sendiri oleh pengarah Out of the Woods, Joseph Kahn.
Menurut Kahn, Swift bukan sahaja terpaksa menahan kesejukan apabila hanya mengenakan dress, tetapi juga sanggup berbaring di dalam lumpur berjam-jam lamanya demi menjayakan babak dalam video klip berkenaan.
Dedikasi penyanyi berusia 26 tahun itu mendapat pujian melambung Kahn, yang menyifatkan Swift sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan elemen 'seni' yang ingin ditampilkan sampai kepada penonton.
Ia nyata berbaloi apabila mendapat pujian ramai, yang menyifatkan video tersebut sebagai video terbaik pernah dihasilkan Swift.
Penggambaran Out of the Woods dijalankan di New Zealand beberapa bulan yang lalu.
Kahn telah mengarahkan empat buah video muzik Swift, termasuk Bad Blood yang dinobatkan sebagai video muzik terbaik dalam Anugerah Video Muzik Amerika, Ogos lalu.
Video: Taylor Swift Vevo