awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah, Penerbit 'The Suicide Squad' dilantik Pengerusi, CEO bersama DC Studios

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2022
03:50 MYT
Pengarah, Penerbit 'The Suicide Squad' dilantik Pengerusi, CEO bersama DC Studios
Bermula 1 Nov, Gunn dan Safran akan melapor diri kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros Discovery, David Zaslav. -AP
WARNER Brothers Studio menamakan James Gunn dan eksekutif veteran Peter Safran sebagai Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif DC Studios.
Gunn merupakan penulis dan pengarah yang menghidupkan semula filem "The Suicide Squad''.
Dengan pelantikan ini, beliau akan bertanggungjawab untuk filem "Batman", "Superman" dan seluruh DC Universe dalam Warner Brothers Discovery.
Peranan itu akan membolehkan Gunn dan Safran membangunkan rancangan jangka panjang bagi syarikat DC Comics khusus bagi filem, televisyen dan animasi.
Kedua-duanya juga akan menghasilkan, membangunkan dan mengarahkan projek sendiri, kata studio itu.
Safran telah menghasilkan banyak filem untuk Warner Bros dan New Line Cinema, termasuk "The Suicide Squad'' serta "Aquaman", "Shazam'' dan filem seram "The Conjuring''.
Bermula 1 Nov, Gunn dan Safran akan melapor diri kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros Discovery, David Zaslav, yang memuji "bakat tunggal dan saling melengkapi'' Safram dan Gunn.
Menurut Zaslav, pengalaman berdekad-dekad Gunn dan Safran dalam pembikinan filem menjadikan mereka layak secara unik untuk membangunkan strategi jangka panjang merentasi filem, tv dan animasi, dan membawa francais ikonik berkenaan ke tahap seterusnya.
Sebelum ini, Walter Hamada mengetuai DC Films tetapi secara rasmi meninggalkan studio minggu lalu, menjelang pelancaran teater "Black Adam".
Topic Berkaitan
#Warner Brothers Studio
#James Gunn
#Peter Safran
#DC Studios
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan