awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah terkenal Perancis Jean-Luc Godard meninggal dunia

Agensi
Agensi
14/09/2022
06:55 MYT
Pengarah terkenal Perancis Jean-Luc Godard meninggal dunia
Mendiang yang merupakan pelopor pergerakan seni perfileman Perancis era 60-an mula meledak selepas naskhah arahannya, Breathless dan Contempt berhasil mengubah pemikiran pengarah generasi ketika itu.- Gambar/AP Newsroom
BERN: Pengarah filem terkenal kelahiran Perancis, Jean-Luc Godard dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun, semalam.
Godard dilaporkan menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi pelbagai masalah kesihatan di sisi keluarga di kediamannya di kawasan Tasik Geneva, Switzerland.
Memetik laporan Liberation, mendiang yang merupakan pelopor pergerakan seni perfileman Perancis era 60-an mula meledak selepas naskhah arahannya, Breathless dan Contempt berhasil mengubah pemikiran pengarah generasi ketika itu.
Godard yang dianggap sebagai ‘kamus’ pemain industri perfileman dilihat sebagai seorang yang cukup santai dengan berkaca mata tebal, rambut kusut masai namun revolusi yang dibawa kekal menjadi contoh sehingga kini.
Mendiang yang lahir pada 3 Disember 1930 dilihat sering menyuntik idea di luar kotak dalam penghasilan filem-filemnya antaranya The Little Soldier, A Woman is a Woman dan Alphaville. Sehingga kini, Godard berjaya menghasilkan lebih 100 buah filem.
Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan kematian Godard, seorang pengarah genius sebagai kehilangan besar buat negara. - Agensi
Topic Berkaitan
#Jean-Luc Godard
#pengarah filem Perancis
#meninggal dunia
#Emmanuel Macron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan