PENGURUS kepada Aidil Aziz, yang dikenali sebagai Kam mengesahkan pelakon tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 pada hari ini.
Kam yang juga sepupu Aidil ketika dihubungi Astro Gempak menjelaskan, Aidil akan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun.
Di tanya mengenai perkembangan terkini Aidil, Kam memberitahu pelakon tersebut kini berada dalam keadaan sihat dan memerlukan masa untuk bersama keluarganya.
“Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana Aidil akhirnya dibebaskan. Keadaannya sekarang baik-baik sahaja cuma memerlukan masa untuk berehat bersama keluarga.
“Pihak polis memaklumkan kepada kami, Aidil telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam tahanan,” katanya.
Terdahulu, Kam telah memuat naik foto terkini Aidil di laman sosial Instagramnya dan meluahkan rasa syukur sebaik sahaja aktor tersebut dibenarkan pulang ke rumah.
September lalu, pelakon Lara Terindah itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakannya selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28, ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, di sebuah kediaman di Jalan Ampang.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Gempak
Wed Dec 07 2016
Aidil akan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun. - Foto Facebook
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha
Kemesraan Afiq Shazwan dengan Fasha Sandha sekadar memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama.
Perkenalkan Aisha, cahaya mata ketiga Fasha Sandha...
Fasha Sandha memperkenalkan ahli keluarga baharunya yang diberi nama Aisha untuk tatapan seluruh peminatnya.
Tahniah! Fasha Sandha, Aidil Aziz selamat sambut kelahiran bayi perempuan
Suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan zuriat sulung mereka tengah hari ini.
"Kalau hamil lagi saya perlu banyak berehat" - Fasha Sandha
Doa yang baik-baik...
'Sebab belum rezeki, doakan yang terbaik' - Aidil Aziz reda Fasha Sandha keguguran
Fasha berkongsi berita sedih itu bersama peminat melalui laman instagramnya pada awal pagi Isnin.
'Ibu lasak sangat' - Fasha Sandha keguguran
Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz dikejutan dengan berita duka pada syawal ke-enam kerana bayi dalam kandungannya telah disahkan gugur.
'Saya bersyukur hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul' - Fasha
Pelakon Fasha Sanda sempat merakam kejutan istimewa untuk memaklumkan berita kehamilannya yang berusia tiga minggu kepada suaminya, Aidil Aziz.
"Eh belum la, awal lagi, belum rezeki" - Fasha Sandha nafi hamil
Doakan yang baik-baik...