Skip to main content

Malaysia

KPKM tidak kompromi isu integriti, tatakelola agensi dan anak syarikat

SERDANG, 4 Sept - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Program Realiti Agro Quest di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad berkata pemantauan terhadap aspek tatakelola, integriti dan pengurusan kewangan di semua agensi serta anak syarikat berkenaan terus diperkukuh. - Gambar fail
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak berkompromi terhadap sebarang kelemahan pengurusan dan ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dalam agensi serta anak syarikat di bawah kementerian itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pemantauan terhadap aspek tatakelola, integriti dan pengurusan kewangan di semua agensi serta anak syarikat berkenaan terus diperkukuh.

"Saya mahu setiap organisasi di bawah KPKM diurus secara telus, berintegriti dan mematuhi sepenuhnya peraturan serta tatacara yang ditetapkan.

“Sebarang kelemahan dalam pengurusan, ketidakpatuhan atau perkara yang boleh menjejaskan kepentingan awam hendaklah dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata pengurusan agensi dan anak syarikat juga perlu memastikan setiap keputusan, perolehan serta penggunaan dana awam dilaksanakan secara telus dan penuh tanggungjawab.

Beliau berkata amanah rakyat perlu dijaga dan setiap ringgit wang awam mesti diurus dengan sebaik-baiknya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement