HIBURAN
“Pentas Kebanggaan” Astro x MPL Malaysia bakal gegar Bukit Kiara pada 14 & 15 Jun

“Pentas Kebanggaan” kerjasama mampan Astro dan MPL MY bakal menggegarkan Stadium Juara, Bukit Kiara pada 14 dan 15 Jun ini. - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Astro dan MPL Malaysia (MY) kembali berganding bahu untuk menganjurkan acara terulung, Grand Finals MPL MY musim ke-15 yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 Jun ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Ringkasan AI
- Astro dan MPL Malaysia (MY) kembali berganding bahu untuk menganjurkan acara terulung, Grand Finals MPL MY musim ke-15 yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 Jun ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.
- Acara bertemakan 'Pentas Kebanggaan'ini sekali gus menandakan tahun kedua kerjasama strategik antara Astro, selaku Home Of Entertainment dan MPL MY dengan misi meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung acara ini.
- Ia bukan sahaja mengangkat e-sukan semata-mata, namun merupakan platform budaya yang menggabungkan sinergi antara dunia hiburan dan e-sukan.

(Dari kiri) Mimi Fly dan Aisha Retno antara artis yang bakal membuat persembahan di Pentas Kebanggaan pada 15 dan 16 Jun. Foto Instagram @mimiflyyy @aisharetno02
Selain itu, pengunjung acara bakal dihiburkan dengan barisan artis yang dibawakan oleh Astro seperti Mimi Fly, Aisha Retno, serta bintang-bintang baharu daripada program realiti Astro “Big Stage Alpha”.
Artis dan personaliti lain yang bakal memeriahkan majlis termasuk Firdaus Rahmat, Bunga Isme, Layla Sania, Wani Kayrie, Shahrol Kamal, dan Isaac Voo, dengan penampilan istimewa daripada Daniel Fong dan Arena Wan.
Menerusi acara sama, para pengunjung juga akan disajikan dengan pratonton promo eksklusif kandungan Astro termasuk drama, program realiti dan produksi Astro Originals yang bakal menemani penonton tidak lama lagi.
Acara ini juga dikendalikan pengacara popular seperti Keanu Azman, Munabella, Daniel Cheang, dan Rose, yang sudah semestinya akan menggamit kemeriahan dan memukau pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.
Sorotan Acara adalah seperti berikut:
•14 & 15 Jun: Konsert Pra-Anugerah Astro x MPL
•15 Jun: Majlis Anugerah & Perlawanan Akhir Grand Final
Ikuti laman Instagram Astro dan @mplmy.official untuk maklumat lanjut berhubung acara dan perkembangan komuniti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami