HIBURAN
Penyanyi lagu tular 'Pretty Little Baby' Connie Francis meninggal dunia

Connie Francis, penyanyi pop ikonik era 1950-an dan 1960-an, yang popular dengan lagu "Pretty Litle Baby" meninggal dunia pada usia 87 tahun di Florida. -Gambar fail
PENYANYI pop terkenal era 1950-an dan 1960-an, Connie Francis, yang popular dengan lagu “Pretty Little Baby” meninggal dunia pada usia 87 tahun pada Rabu malam.
Ringkasan AI
- Connie Francis, penyanyi pop ikonik era 1950-an dan 1960-an, meninggal dunia pada usia 87 tahun di Florida selepas dimasukkan ke hospital.
- Lagu klasiknya "Pretty Little Baby" kembali tular di TikTok sebelum kematiannya, memperkenalkan beliau semula kepada generasi muda dan mencatat lebih 85 juta penstriman di Spotify.
- Walaupun kerjaya muziknya gemilang, kehidupan peribadi Francis penuh tragedi, namun beliau tetap bangkit sebagai jurucakap kesedaran jenayah dan kesihatan mental, meninggalkan legasi muzik dan keberanian yang mendalam.
Mendiang sebelum ini menjalani rawatan intensif dan dipindahkan ke bilik peribadi sebelum keadaannya dilaporkan stabil.
Kematian Francis berlaku hanya beberapa minggu selepas lagu klasiknya “Pretty Little Baby” yang dirakam pada tahun 1962 kembali tular di platform TikTok, menjadikan beliau popular semula dalam kalangan generasi muda.
Lagu tersebut telah dimainkan dalam lebih dua juta video dan mencatat lebih 85 juta penstriman di Spotify.
Antara lagu ikonik beliau termasuk “Who’s Sorry Now?”, “Stupid Cupid”, “Lipstick on Your Collar” dan “Where the Boys Are”.
Walaupun kerjaya muziknya gemilang, kehidupan peribadi Francis penuh dengan tragedi.
Beliau pernah menjadi mangsa serangan seksual pada tahun 1974, kehilangan suara akibat pembedahan hidung yang gagal, dan mengalami gangguan kesihatan mental yang serius sehingga dimasukkan ke hospital psikiatri sebanyak 17 kali.
Francis juga pernah melalui empat perkahwinan yang gagal dan kehilangan adik lelakinya akibat pembunuhan pada tahun 1981.
Namun, beliau tetap bangkit dan menjadi jurucakap untuk mangsa jenayah serta kesedaran kesihatan mental di Amerika Syarikat.
“Saya ingin dikenang bukan semata-mata kerana kejayaan saya, tetapi kerana kedalaman kesakitan yang telah saya lalui dan bangkit daripadanya,” kata Francis dalam satu temu bual pada 2017.
Mendiang Connie Francis meninggalkan legasi muzik yang tidak ternilai dan akan terus dikenang sebagai ikon suara generasi emas Amerika.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami