awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi M. Daud Kilau meninggal dunia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/12/2023
09:48 MYT
Penyanyi M. Daud Kilau meninggal dunia
Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu sebelum ini berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak kira-kira pukul 4.40 petang, Isnin.
Khabar duka itu dikongsi cucu Allahyarham yang dikenali sebagai Hasnorikram di Instagram storynya, yang jelas sangat terkesan dengan pemergian penyanyi legenda yang sinonim dengan gelaran 'Raja Gelek' itu
"Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah," katanya.
Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu sebelum ini berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangan.
Penyanyi berusia 85 tahun itu pada Mei lalu juga pernah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan gara-gara masalah sesak nafas.
Muhammad Daud mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio Singapura pada 1968.
Bertitik tolak kemenangan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu berpeluang menjadi artis rakaman,menghasilkan pelbagai album berkonsepkan langgam, asli dan dangdut.
Beliau pada 1985 pernah menjuarai kategori asli dalam Pesta Dendang Rakyat. Jasa dan sumbangannya kepada dunia seni tempatan terbalas apabila beliau dikurniakan darjah DatukPaduka Mahkota Perak pada 1991.
Allahyarham M Daud kemudian ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.
Pada 1985, Allahyarham M Daud menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli.
Astro AWANI difahamkan jenazah akan dimandikan di Hospital Teluk Intan dan seterusnya akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kampung Sungai Balai Baroh Bagan Datuk malam ini (Isnin).
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Terapung Tuminah Hamidi Bagan Datuk sebelum Zohor esok untuk disembahyangkan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Baroh Bagan Datuk selepas solat Zohor.
Topic Berkaitan
#Raja Gelek
#M Daud Kilau
#penyanyi tempatan
#meningal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan