PENYANYI lagu hit When A Man Loves A Woman, Michael Bolton menyampaikan berita mengejutkan buat peminat apabila memberitahu dirinya menghidap barah otak.
Ironi akui penyanyi berusia 70 tahun itu, dia sendiri baru mengetahui berdepan penyakit berbahaya itu hanya sebelum musim cuti Krismas berlangsung. Dia bagaimanapun segera menjalani pembedahan.
Pengumuman tersebut ditulis dan dikongsikan di Facebook miliknya pada Jumaat.
“Saya mahu mulakan tahun baru dengan menyapa dan mengucapkan agar anda semua sihat dan gembira.
“Saya juga ingin berkongsi mengenai tahun 2023 yang berakhir dengan sebuah kejutan.
“Hanya sebelum musim cuti saya telah didiagnos menghidap barah otak dan memerlukan pembedahan segera,” ujar Bolton seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Bolton kemudian memberitahu dia kini dalam fasa pemulihan selepas pembedahan berjalan lancar.
“Terima kasih kepada semua pihak terutama pakar yang membuatkan pembedahan berjalan baik.
“Saya kini dalam fasa pemulihan di rumah dan dikelilingi sokongan juga kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada keluarga,” katanya.
Sehubungan itu Bolton juga meminta maaf kepada peminat kerana dia juga akan menunda sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi fokus terhadap kesihatan.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada peminat kerana akan menunda banyak siri jelajah dan aktiviti seni demi kesihatan saya,” katanya lagi. - Gempak
Gempak
Sat Jan 06 2024
Bolton memberitahu, dia sendiri baru mengetahui berdepan penyakit berbahaya itu hanya sebelum musim cuti Krismas berlangsung. - Gambar Gempak
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Penyanyi Michael Bolton hidap barah otak
Michael Bolton menyampaikan berita mengejutkan buat peminat apabila memberitahu dirinya menghidap barah otak.
Doa Siti Nurhaliza termakbul, kembali berkolaborasi dengan David Foster
Impian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk kembali berkolaborasi bersama pemuzik dan komposer terkenal, David Foster akhirnya tercapai.