awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza kehilangan suara

Gempak
Gempak
04/01/2023
03:44 MYT
Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza kehilangan suara
Penyanyi lagu Berdiri Seorang Perindu itu juga dikhabar dalam proses berubat dengan pakar namun dinasihatkan tidak melakukan pembedahan kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil. - Gempak
PENYANYI senior tanah air, Ibnor Riza dilaporkan sedang mengalami dugaan hidup apabila menderita pelbagai penyakit sehingga menyukarkan dirinya menjalani kehidupan harian.
Ibnor yang cukup terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu diketahui menderita darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir serta kehilangan suara.
Menerusi perkongsian yang disampaikan dalam kiriman WhatsApp kepada rakan-rakan dan media, penyanyi berusia 62 tahun tersebut juga mengalami sakit migrain yang susah dikawal serta bengkak leher yang berpunca dari sel yang mati dan membentuk cecair nanah serta memerlukan pembedahan.
“Dengan izin dari sahabatku saudara Ibnor Riza, saya ingin memaklumkan beliau sekarang sedang dalam pelbagai dugaan penyakit yang datang serentak iaitu darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir yang membengkak dan kehilangan suara. Inilah yang dihadapi oleh sahabat kita Ibnor Riza,” tulis isi pesan WhatsApp tersebut.
Penyanyi lagu Berdiri Seorang Perindu itu juga dikhabar dalam proses berubat dengan pakar namun dinasihatkan tidak melakukan pembedahan kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil.
“Doakan yang terbaik buat Ibnor Riza Ibrahim dan agar Allah permudahkan bantuan dan urusannya,” katanya.
Pengirim juga menyatakan bekas Bintang RTM ini kini mengalami kesulitan termasuk untuk keperluan kewangan perubatan dan meminta jasa baik sekiranya ada yang sudi menghulurkan sumbangan.
“Dalam keadaan yang sama, dengan pelbagai kesulitan demi melaksanakan keperluan seharian termasuk keperluan perubatan.
“Sebelum saya menutup kalam ini, bagi sahabat sahabat yang ingin menghulurkan bantuan kewangan seikhlas mungkin, bolehlah membantu agar dapat meringankan beban yang ditanggung.
“Bersama ini saya catatkan nombor akaun peribadinya - 114478024958 (IBNOR RIZA, MAYBANK),” tulis kenyataan itu lagi. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Ibnor Riza
#Mimpi Yang Tak Sudah
#mohon bantuan
#Bintang RTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan