HIBURAN
Penyanyi rap, Cardi B menang perbicaraan kes serangan di California

Cardi B memberi keterangan bahawa dia tidak pernah menyentuh wanita yang mendakwa menjadi mangsa serangannya. - AP
BERKELEY: Penyanyi rap, Cardi B, memenangi perbicaraan sivil di California berhubung dakwaan kecederaan fizikal, sekali gus mengelak daripada perlu membayar ganti rugi berjuta-juta dolar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laporan daripada penyiar Court TV pada Selasa, juri sebulat suara membebaskan artis berusia 32 tahun itu setelah dia menafikan dakwaan bahawa dia menyerang seorang pekerja keselamatan secara fizikal pada 2018.
Kes berkenaan berlaku di Beverly Hills, iaitu Cardi B, yang pada masa itu sedang mengandung anak pertamanya, melawat sebuah klinik. Seorang kakitangan keselamatan mendakwa pemenang anugerah Grammy itu meludah dan mencakar mukanya dengan kuku, serta mengatakan konfrontasi itu menyebabkan dia trauma dan kehilangan pekerjaannya. Pekerja tersebut menuntut pampasan berjuta-juta dolar.
Cardi B, yang nama sebenarnya ialah Belcalis Almanzar, memberi keterangan bahawa dia tidak pernah menyentuh wanita itu, sebaliknya menegaskan bahawa pertengkaran itu hanya melibatkan pertelagahan lisan. Dia berkata dia berasa terganggu apabila kakitangan itu cuba merakamnya dengan telefon. Pada masa itu, Cardi B berkahwin dengan penyanyi rap, Offset.Penyanyi rap itu pernah menghadapi masalah undang-undang sebelum ini. Pada 2022, dia mengaku bersalah atas perbuatan mencederakan dan membahayakan secara melulu berhubung pergaduhan dengan dua orang pekerja bar di sebuah kelab di New York, dan dijatuhkan hukuman 15 hari khidmat masyarakat.
Setahun kemudian, polis menyiasatnya kerana membaling mikrofon ke arah penonton selepas dia disimbah dengan minuman semasa persembahan di Las Vegas. Kes itu digugurkan kerana kekurangan bukti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami