awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Coolio yang popular dengan lagu Gangsta's Paradise ditemui mati

Faida Rahim
Faida Rahim
29/09/2022
02:15 MYT
Penyanyi rap Coolio yang popular dengan lagu Gangsta's Paradise ditemui mati
Coolio yang terkenal dengan lagu "Gangsta's Paradise" ditemui mati di bilik mandi ketika berada di kediaman rakannya. -Gambar Instagram @coolio
LOS ANGELES: Penyanyi rap terkenal kelahiran Amerika Syarikat (AS), Coolio dilapor meninggal dunia pada usia 59 tahun.
Memetik laporan CNN, Coolio yang terkenal dengan lagu "Gangsta's Paradise" ditemui tidak sedarkan diri bilik mandi ketika berada di kediaman rakannya.
Berita ini disahkan pengurusnya, Jarez Posey.
Punca sebenar kematian Coolio masih belum didedahkan, namun ia mungkin berkait rapat dengan serangan jantung, kata Posey.
Coolio atau nama sebenarnya Artis Leon Ivey Jr pernah memenangi anugerah Grammy menerusi lagu "Gangsta's Paradise" yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi untuk filem "Dangerous Minds" lakonan Michelle Pfeiffer.
Coolio memulakan karier nyanyian pada era 80 an dan kedudukannya sebagai penyanyi rap terus kukuh selepas rakaman lagu hit "Gangsta's Paradise" pada tahun 1995.
Sepanjang kariernya selama empat dekad, Coolio telah merakam lapan album studio dan memenangi Anugerah Muzik Amerika (AMA) dan tiga Anugerah Muzik Video MTV.
Topic Berkaitan
#Coolio
#Artis Leon Ivey Jr
#Gangsta's Paradise
#penyanyi rap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan