awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Lil Jon peluk Islam

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2024
22:15 MYT
Penyanyi rap Lil Jon peluk Islam
Lil Jon, yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, berkongsi berita gembira itu melalui aplikasi media sosial berkenaan pada Ahad. - Foto Instagram/Lil Jon
PENYANYI rap, DJ dan penerbit muzik terkenal, Lil Jon atau nama sebenar Jonathan H Smith telah memeluk agama Islam.
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Lil Jon, 52, dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Menurut portal berita Turki Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.
Lil Jon, yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, berkongsi berita gembira itu melalui aplikasi media sosial berkenaan pada Ahad.
View this post on Instagram
A post shared by LIL JON (@liljon)
Penyanyi itu terkenal melalui beberapa lagu dan kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher yang turut memaparkan Ludacris.
Beberapa selebriti dan personaliti terkenal dilaporkan telah memeluk agama Islam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada minggu pertama Ramadan, saintis sel stem terkemuka Henry Larson dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam satu video tular di media sosial.
Selain itu aktivis terkenal Shaun King mendapat perhatian media antarabangsa atas keputusannya memeluk agama Islam pada bulan Ramadan tahun ini.
Topic Berkaitan
#Lil Jon
#peluk islam
#melafazkan kalimah syahadah
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan