Penyanyi Singapura, Sufie Rashid mendakwa pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus Tegar, Ariff Dollah.
Sufie berkata, Arif sebelum ini pernah menjadi pengurusnya dan mengaku telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki tersebut.
“Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu.
“Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif.
“Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya,” luahnya ketika ditemui di Istana Budaya pada malam Jumaat.
Menurut Sufie lagi, kejadian yang menimpa Tegar mebuatkan dia terpanggil untuk membuat pengakuan berani itu.
“Bodohlah saya jika melakukan ini (pengakuan) kerana publisiti. Saya tak bodoh untuk mencari publisiti dengan menjual cerita melibatkan maruah diri. Tak mungkin saya akan memalukan diri saya sendiri!
“Arif sudah melampau…Saya fikir selepas 11 tahun, dia dah bertaubat. Saya hubungi Tegar selepas mengetahui dia diganggu secara seksual oleh lelaki itu,” katanya kepada Astro Gempak.
Kata penyanyi berusia 24 tahun itu, dia tidak terkejut dengan kenyataan dibuat Arif kepada media kerana lelaki itu bijak memanipulasi fakta.
“Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat.
“Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual.
“Apa yang cuba dia buktikan? Saya berani mendedahkan segalanya hari ini kerana saya menyimpan perkara ini sudah lama. Ya, saya mendendami Arif. Kerana dia saya mengalami tekanan perasaan dan terpaksa menjalani rawatan bersama pakar jiwa,” ujarnya kesal.
Sufie ditemui ketika majlis sidang media sejurus selepas tamat persembahan Muzikal Nusantara di Istana Budaya.
Gempak
Sat Mar 14 2015

Sufie (foto) berkata, Arif sebelum ini pernah menjadi pengurusnya dan mengaku telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki tersebut.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.

Kerajaan Terengganu sedia insentif khas untuk pelumba cilik negara
Insentif dalam bentuk wang tunai itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu depan.

MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Dis, menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatan berakhir pada 30 Nov.

Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.

Kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak di Perak meningkat
Kes berkenaan terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu penderaan seksual, fizikal, emosi dan pengabaian.

Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk Pemindahan peer-to-peer dan Penebusan tunai.

Tak sangka isteri hamil, ibu mentua mangsa kemalangan maut
Ismail bergegas ke lokasi kemalangan yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya selepas menerima klip video kejadian.

MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
[TERKINI] Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Rafizi Ramli menafikan membuat pusingan U mengenai gaji minimum RM1,500 yang telah dikuatkuasakan pada tahun lepas.
Sebaliknya, Menteri Ekonomi itu berkata, pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif untuk pekerja separuh mahir dan berkemahiran tinggi.
Sebaliknya, Menteri Ekonomi itu berkata, pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif untuk pekerja separuh mahir dan berkemahiran tinggi.
AWANI Pagi: Kelestarian wakaf tangani isu ekonomi semasa
Diskusi bersama Prof Madya Dr Anas Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak melihat sisi wakaf yang sifatnya lestasi, mampan khususnya untuk tangani isu ekonomi semasa.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

Penyanyi Singapura dakwa Arif Dollah paksa lakukan seks oral ketika berusia 13 tahun
Penyanyi Singapura, Sufie Rashid mendakwa pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus Tegar, Ariff Dollah.